Carian
September 21, 2022

PRU Waktu Banjir, UMNO Nak Selamat Nyawa Atau Peti Undi?

MetMalaysia telah meramalkan banjir besar menjelang bulan November, jika UMNO masih nak PRU waktu banjir, Perdana Menteri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Ahmad Zahid harus jawab kerajaan waktu itu nak selamat nyawa rakyat atau peti undi?

Selepas Ahmad Zahid mencadang PRU waktu banjir, Perdana Menteri tidak menolak idea ini secara terus terang, tapi cadang tanya rakyat sama ada menerima atau marah terhadap BN buat PRU waktu banjir.

Bagi saya hanya orang yang tidak waras seperti UMNO-BN yang akan sokong PRU diadakan waktu banjir.

Kita juga faham naratif yang cuba dimain oleh BN-UMNO adalah Pakatan Harapan takut kalah kalau PRU diadakan. Bagi saya ini bukan soal kalah atau menang, tapi soal kita pentingkan kuasa atau nyawa.

Jumlah pengundi setakat Ogos 2022 adalah 21.1 juta berbanding dengan tahun 2018 hanya 14.9 juta, susulan penambahan pengundi yang begitu banyak, pegawai dan pasukan yang terlibat dengan urusan pilihan raya sudah tentu akan tambah, ini termasuk pusat pengundi juga akan tambah.

Jika musim banjir benar berlaku seperti ramalan MetMalaysia, UMNO wajib jawab berapa soalan.

1.Adakah pusat mengundi ini akan dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa-mangsa banjir jika banjir benar-benar berlaku?

2.Pegawai dan kakitangan pilihanraya yang bakal dilantik kebanyakan terdiri daripada kalangan penjawat awam, waktu itu mereka akan diberi arahan “jaga nyawa orang atau jaga peti undi?

3.Anggota keselamatan yang ditugaskan waktu PRU perlu menjaga kelancaran perjalanan pilihanraya atau turun padang selamatkan nyawa dan harta benda rakyat?

YB TAN KAR HING
Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan (JPRP)
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan
ADUN Simpang Pulai, Perak

Related Posts
crossmenuchevron-up