Carian
June 13, 2022

RUU ANTI LOMPAT PARTI:Pakatan Harapan Akan Bertemu PM

Majlis Presiden Pakatan Harapan menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan Kerajaanmemanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Walaupun begitu, Pakatan Harapan berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.

Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 Perkara dalam Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan 83 peratus.

Tiga Perkara MOU yang masih perlu dilaksana adalah seperti berikut:
• menetapkan had 2 penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri;
• membentang RUU Perkhidmatan Parlimen; dan
• meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Oleh itu, pimpinan utama Pakatan Harapan akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri bagi membincang RUU Anti Lompat Parti serta Perkara-Perkara di atas.

DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Posts
crossmenuchevron-up