Suntikan Fiskal Harus Digandakan

Suntikan Fiskal Harus Digandakan

SUNTIKAN FISKAL HARUS DIGANDAKAN

Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menguncup 17.1% dalam suku kedua tahun ini dan merupakan junaman yang paling parah sejak krisis kewangan negara lewat 90-an, akibat negara kini terjebak dengan bencana pandemik COVID-19.

Ini menandakan bahawa negara mungkin menuju ke arah kemelut yang berpanjangan atau kemelesetan ekonomi.

Statistik mencatatkan 4.9 peratus yakni seramai 773,200 individu menganggur. Jumlah ini dijangka akan mencecah 1 juta pada hujung tahun dan lebih terkesan di kalangan belia.

Dikhuatiri dampak ekonomi lebih menyeluruh dan turut melibatkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan banyak Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dilaporkan akan menghentikan operasi kerana tidak mampu menepis dampak kemelesetan.

Laporan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengusulkan agar kerajaan melipat gandakan inisiatif dan langkah bagi memulihkan ekonomi negara.

Saya juga mengambil maklum ikhtiar yang dipelopori oleh negara-negara Asean meninjau perbelanjaan ketimbang KDNK negara masing-masing. (Rujuk lampiran untuk butiran)

Berdasarkan permasalahan yang dihadapi dan ikhtiar perancangan ekonomi setakat ini, saya khuatiri pemacuan ekonomi tidak mampu dilakukan dengan meyakinkan.

Suntikan fiskal sebanyak 3 peratus KDNK adalah terlalu kecil dan pula adalah tekad politik untuk menambah suntikan tersebut secara lebih terkesan. Jumlah penambahan sebanyak RM45 bilion lagi kami yakini akan memantapkan langkah pertumbuhan ekonomi.

Jika ditelusuri cadangan yang kami kemukakan, antara program yang memerlukan penambahan besar adalah seperti program subsidi upah, inisiatif pengekalan pekerjaan dan pengambilan pekerja, dan bantuan latihan yang perlu ditambah kepada RM33.6 bilion manakala Bantuan Prihatin Nasional serta peruntukan bagi Kementerian Kesihatan bagi perbelanjaan berkaitan Covid-19 masing-masing memerlukan amaun sebanyak RM22.4 bilion dan RM2 bilion. (Rujuk Lampiran A dan B)

Maka, saya menggesa Menteri Kewangan untuk mempertimbang membawa pindaan dalam peringkat Jawatankuasa ke atas Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 dengan menambah sebanyak RM45 bilion lagi, menjadikan suntikan fiskal berjumlah RM90 bilion secara keseluruhan.

Pertambahan ini harus disegerakan dan kerajaan harus telus serta mengelak sebarang penyalahgunaan kuasa dan pembaziran dalam menyalurkan dana yang diperuntukkan.

Saya juga ingin menjelaskan pendirian pembangkang bahawa kami tidak menolak Rang Undang- Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 yang telah melalui proses undian pada 17 Ogos lalu. Sebaliknya, kami membantah peruntukan yang ditambah pada beberapa kementerian yang pada hemat kami sangat tidak perlu tatkala kemelut sedang memuncak.

ANWAR IBRAHIM
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

117870951_10160884438956840_1671413941675578854_o 117797284_10160884438926840_4373872430443726977_o 118224811_10160884438951840_9035152006450036501_o 117644269_10160884438961840_4513877155320996261_o


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *