Anwar Gesa Ketua Polis Negara Henti Ganggu Pembangkang

Anwar Gesa Ketua Polis Negara Henti Ganggu Pembangkang

Saya mengecam keras tindakan pihak polis menyiasat pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terkait perhimpunan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tempoh hari.

Bantahan keras juga saya nyatakan terhadap pihak polis atas tindakan mereka menyiasat Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berhubung siaran media sosial berusia lima tahun yang telah dikongsinya serta Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, yang turut dipanggil polis berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum kepada pihak SPRM.

Langkah ini ternyata suatu bentuk intimidasi dan tekanan oleh pihak berkuasa terhadap pimpinan pembangkang dalam menyikapi gejala rasuah di negara ini.

Saya menggesa Ketua Polis Negara untuk mengentikan gangguan terhadap mereka ini.

ANWAR IBRAHIM


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *