Ucapan Penggulungan Kongres Nasional KEADILAN Oleh Ketua AMK Akmal Nasir

Ucapan Penggulungan Kongres Nasional KEADILAN Oleh Ketua AMK Akmal Nasir

UCAPAN PENGGULUNGAN
KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT 2020
YB AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA
PENTAS RAKYAT
20 JUN 2021
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Da Jia Hao, Vanakkam dan Salam Reformasi.

1. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassalatu Wassalamu ‘AlaAsyarafil Anbiya’e Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in.

Salutasi:

2. Yang dihormaI Dato’ Pengerusi Tetap, Sdr Timbalan Pengerusi tetap,

3. Yang disanjungi, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN

4. Yang dikasihi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN

5. Rakan-rakan pimpinan pusat, negeri, Ketua-ketua Cabang, AMK, Wanita, serta para perwakilan dan pemerhati sekalian.

6. Alhamdulillah, hari ini kita dapat menjayakan Kongres Nasional ParI Keadilan Rakyat secara maya walaupun sebelum ini tertangguh, yang sekadar mencerminkan kegagalan, kecelaruan dan kelemahan pemerintah kerajaan hari ini.

7. Terima kasih dan penghargaan buat pihak Sekretariat yang diketuai oleh saudara Nik Nazmi selaku Pengarah Kongres, Dato’ Seri Saifuddin NasuIon, SeIausaha Agung dan seluruh pasukan yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan Kongres Nasional kali ini berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak perlembagaan parti.

Mukadimah:

8. Saya mendengar dan mengikuti perbahasan daripada perwakilan setiap negeri.

9. Ini sama seperI perbahasan Kongres AMK dan juga Wanita yang memberi ruang kepada kita untuk melontarkan hujah, cadangan, nasihat, teguran serta kritikan.

10. Inilah tradisi KEADILAN. Terbuka dengan pelbagai pandangan yang sebenarnya tidak lari dari 2 perkara asas:

Mengangkat isu-isu rakyat dan kesungguhan membina KEADILAN sebagai sebuah wadah yang kukuh berpandukan prinsip dan nilai-nilai perjuangan.

11. InsyaAllah, berdasarkan 2 perkara pokok inilah menjadi initipati ucapan penggulungan saya dan saya percaya ini akan dirangkul kita bersama bagi memacu keadilansebagai sebuah parti masa depan yang konsisten dengan agenda reform, mengembling kekuatan akar umbi, demi Malaysia yang lebih baik.

#KERAJAANGAGAL

Para Perwakilan dan pemerhaL sekalian,

12. Malaysia hari ini bukan sahaja berhadapan dengan krisis kesihatan, tetapi dengan kelemahan pentadbiran yang begitu ketara, demokrasi Parlimen yang dilumpuhkan dan tadbir urus yang caca merba telah mengheret rakyat dan negara ke lembah krisis ekonomi, kepimpinan, pendidikan, keselamatan dan pelbagai lagi.

13. Kegagalan Perikatan Nasional menguruskan pandemik Covid-19 semakin memuncak, kita bukan lagi sekadar dihantui dengan jumlah kes posiIf yang kekal Inggi, tetapi berita mengenai kenalan yang dirawat di ICU mahupun kematian mengenai ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai amat dirasai.

14. Kononnya lockdown tetapi pintu belakang dibiarkan terbuka, sekadar membuli rakyat biasa dan membinasakan peniaga-peniaga kecil, sedangkan taukeytaukey besar dijaga rapi tanpa menghiraukan kluster tempat kerja yang terus meningkat.

15. Bantuan yang diumumkan pula hanya sekadar manis di bibir, sedangkan menikus disebalik Perutusan Khas dan pengumuman PDF, kerana realiti di bawah amat perit sekali.

16. Yang menjerit meminta pertolongan dalam kesusahan bukan lagi sekadar mereka yang berpendapatan rendah (B40).

17. Jabatan Perangkaan sendiri melaporkan lebih 600,000 isi rumah kumpulan pertengahan (M40) sudah tergelincir ke kategori B40.

18. Pengangguran menghampiri 1 juta orang, peniaga gulung tikar, pendidikan anak-anak terjejas yang menjeremus ke arah keciciran generasi (lost generation).

19. Mereka hari ini berada dalam keadaan amat tertekan, komitmen kewangan begitu tenat, yang seterusnya menjurus ke arah masalah yang lebih besar. Ambillah pedoman bagaimana staIsIk hujung tahun lepas sahaja menunjukkan peningkatan 20 peratus kes bunuh diri berbanding tahun sebelumnya.
20. SeperI yang dibangkitkan dalam Kongres AMK, kita sarankan agar moratorium tanpa caj faedah sekurangkurangnya untuk tempoh lima bulan terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil, kembalikan subsidi upah, perkenalkan kemudahan pinjaman modal tanpa bebanan karenah birokrasi.

BENTENG ATAU PENUNGGANG?
Saudara-saudari,

21. Kegagalan Kerajaan hari ini menimbulkan polemik dan persoalan.

22. Apa yang rakyat harapkan adalah pemerintah yang buat kerja, adil, menjaga kebajikan dan sanggup mendengar keluh kesah mereka.

23. Malangnya, apa yang didambakan selama ini sebagai agenda Penyatuan Melayu-Islam, amatlah songsang seperti jauh panggang dari api dengan hakikat yang ada pada hari ini.

24. Walaupun telah ditegur dua kali agar Parlimen kembali bersidang dengan segera, kedegilan mereka menunjukkan ego dan ketaksuban untuk kekal berkuasa mengatasi segala-galanya.

25. Ternyata lafas taat seIa sekadar mengikut nafsu serakah politik, selagi boleh kaut ‘scheme of things’ selagi itu mereka akan sanggup mempertahankan kedudukan dengan apa sahaja.

26. Bukankah kita pernah kenal gerak-geri kartel ini?

27. “Kami team Presiden, kami seIa, kami benteng Presiden!” Yang mendabik dada sebagai ‘Benteng’ Presiden inilah yang angkat kaki dulu, walhal mereka hanya jadikan Presiden sebagai benteng keIka mana mereka hanyut dengan kemegahan dan kemewahan.

28. Apabila perangai kartel yang oportunis digabungkan dengan sikap munafik poliIk bertopengkan agama dan bangsa, yang kini terlondeh pekongnya sekadar menunggang selagi boleh, akan menjadi racun membinasakan negara.

29. Mereka kini sudah menjadi bisu mengenai Allahyarham Adib, isu pemandu mabuk, BMF, Tabung Haji dan banyak lagi yang masih gagal diselesaikan walaupun sudah lebih 1 tahun Perikatan Nasional memerintah.

30. Kecelaruan ini cuba ditutup apabila sistem semak dan imbang gagal berfungsi. Parlimen seolah-olah sengaja digantung demi menyambung talian hayat PN.

31. Rakyat sudah merasa jelik dan hilang kesabaran apabila semua garis dan nilai habis dilanggar selagi mana ia memberi manfaat pulangan kepada mereka.

32. Sebaliknya biarlah ada rasa keprihatinan walaupun sekelumit perasaan ehsan, kejujuran dan prikemanusiaan terhadap kesengsaraan rakyat.

PERJUANGAN DITERUSKAN
Rakan-rakan Perwakilan dan PemerhaL,

33. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan tekanan, kita kena senIasa mencari jalan untuk bersuara serta berpandangan kriIkal demi penambah baikan.

34. Sebagai contoh, AMK telah mengangkat isu permasalahan yang membelenggu rumah PR1MA. Ramai yang terpedaya apabila ada projek-projek PR1MA terbengkalai dan sakit yang menyebabkan mereka terpaksa mula membayar bank serta menyewa kediaman lain, dalam keadaan rumah yang bertahun-tahun tidak siap.

35. Kami telah bertemu dengan para pembeli rumah PR1MA Tebrau di Johor, PR1MA Melaka Tengah 2 dan PR1MA Port Dickson.

36. Selepas AMK menyatakan komitmen untuk membantu mereka dalam Kongres AMK tempoh hari, saya telah menerima peIsyen daripada 339 orang pembeli rumah PR1MA di Kedah. Insyallah kami akan bantu mereka dan kami akan ke utara apabila rentas negeri dibenarkan.

37. AMK juga telah dedahkan minggu lepas bagaimana seorang pimpinan terInggi PPBM bakal membolot hingga 8 jawatan Ahli Lembaga Pengarah GLC, iaitu syarikatsyarikat yang berkaitan dengan MARA.

38. Memandangkan pertanyaan saya masih Idak dijawab oleh YB Menteri, insyallah minggu depan saya akan tunjukkan bagaimana yang menjarah jawatan bagai tiada hari esok, bukan seorang, tetapi ada lagi kalangan mereka yang membolot jawatan sedangkan kesengsaraan rakyat dan pengorbanan frontliners tidak dipedulikan.

39. Kerana itu, saya menghormaI akar umbi KEADILAN, aktivis reformis, jentera wanita dan anak muda yang berterusan menyantuni rakyat tatkala Idak mengharapkan imbuhan atau habuan.

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KEADILAN
Para Perwakilan sekalian,

40. Akhir kata, menyingkap segala kemelut ini, saya memetik puisi terkenal Wiji Thukul pada tahun 1986 apabila menyentuh soal peranan dan peringatan.

Bila rakyat berani mengeluh,
Itu artinya sudah gawat,
Dan bila omongan penguasa 9dak boleh dibantah,
Kebenaran pasti terancam,
Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,
Suara dibungkam, kri9k dilarang tanpa alasan,
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan,
Maka hanya ada satu kata: lawan!

41. Disini tanggungjawab besar KEADILAN untuk kekal berprinsip serta meniup semangat kebangkitan kepada rakyat untuk berani memperjuangkan hak dan kebenaran.

42. Tatkala kelompongan dan jurang semakin melebar, masa depan rakyat semakin malap ditadbir Perikatan Nasional, ini mengesahkan Kegagalan Kerajaan.

43. KEADILAN perlu hadir menjawab perkara utama, mengapa rakyat seharusnya memilih KEADILAN untuk membawa harapan mereka?

44. Ini bukan hanya berlegar tentang soal bila Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri atau bila Rafizi Ramli akan comeback, walaupun ternyata ini yang kita harapkan dan menjadi pertanyaan serius rakyat kebelakangan ini.

45. Namun ia jauh melangkaui semua itu. Ia soal kesediaan kita mengembalikan kerangka besar negara melalui reformasi institusi, menegakkan keadilan, tatakelola yang baik dan banyak aspek lagi.

46. Ini bukan lagi tentang peranan yang hanya dibebankan pada Anwar Ibrahim, ini perlu dirangkul oleh kita semua yang faham tentang prinsip perjuangan yang hanya boleh dicapai melalui usaha yang bersungguh-sungguh, permuafakatan memperjuangkan reformasi, Idak diulit dengan kemewahan, iltizam, semangat, keikhlasan dan kerja kuat.

47. Inilah adunan yang akan menterjemahkan KEADILAN sebagai parti pilihan rakyat Malaysia.

SEKIAN, WASALAM !


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *