Carian
September 11, 2022

Wanita KEADILAN Menyeru Kerajaan Bersedia Dengan Pangkalan Data Lokasi Golongan Rentan Untuk Berdepan Banjir

1. Wanita KEADILAN mengambil maklum ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung pada November ini.

2. Kami berharap agar pihak Kerajaan yang terdiri daripada Kerajaan Persekutuan, negeri, dan pihak berkuasa tempatan mengambil iktibar daripada banjir kilat dahulu terutamanya banjir di Baling pada bulan Julai yang meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil empat bulan, dan bersikap lebih serius dalam persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam.

3. Dalam hal ini, Kerajaan harus memberikan keutamaan kepada pemindahan mangsa yang terdiri daripada golongan rentan khususnya keluarga yang mempunyai wanita hamil, orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas yang tinggal bersendirian di dalam komuniti.

4. Wanita KEADILAN menyeru Kerajaan agar mengumpulkan data yang terkini mengenai lokasi kediaman golongan ini supaya operasi pemindahan mangsa banjir boleh berlangsung dengan berkesan.

5. Pimpinan pada peringkat komuniti setempat juga memainkan peranan penting dalam operasi pemindahan mangsa banjir. Wanita KEADILAN menyeru pemimpin-pemimpin komuniti agar bersedia untuk bertindak dalam hal ini sekiranya Kerajaan gagal memberikan maklumat kritikal ini apabila kawasan ditimpa banjir kilat.

Loh Ker Chean
Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat

Related Posts
crossmenuchevron-up