Wanita KEADILAN Terus Siap Siaga

Wanita KEADILAN Terus Siap Siaga

FB_IMG_1595911076516

 

 

WANITA KEADILAN TERUS SIAP SIAGA

 

26 Julai 2020|Ahad

 

Semalam telah berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat setelah perlantikan Ketua Wanita KEADILAN Pusat yang baru, YB Fuziah Salleh pada awal Julai yang lalu. Beliau antara aktivis yang terawal serta merupakan pengasas penubuhan wanita di dalam parti lebih 20 tahun yang lalu. Beliau juga telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

 

Mesyuarat pada petang semalam juga telah melantik beberapa Jawatankuasa yang turut menampilkan wajah-wajah baru menganggotai barisan pimpinan tertinggi wanita dalam parti. Antara lainnya turut dibincangkan adalah menetapkan jawatankuasa tertinggi di dalam Majis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat. YB Nurin Aina, Ahli Parlimen Merbok telah dilantik sebagai Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat. Turut dilantik juga adalah Puan Fadhlina Dato’ Sidek sebagai Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti, Puan Sivamalar a/p Genapathy pula selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan.

 

Turut menyaksikan Bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan. Seorang lagi wanita muda yang berketerampilan Saudari Loh Ker Chean turut dipilih sebagai Exco yang dilantik membarisi Majlis Pimpinan Wanita Pusat. Selain dari itu, lapan (8) orang Ketua Wanita Negeri turut diumumkan di dalam mesyuarat setelah melakukan Majlis Konsultasi bersama Ketua-ketua Wanita Cabang dan juga Pengerusi Majlis Pimpinan di negeri masing-masing. YB Rodziah Ismail secara konsensus telah dipilih sebagai Ketua Wanita KEADILAN Selangor yang juga merupakan Adun Batu Tiga merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Puan Rohaidah Mamat mengetuai Wanita KEADILAN Wilayah, Puan Amni Idris (Negeri Sembilan), Puan Naziratul Aini Binti Muhamad Sayuty (Kelantan), Puan Junaida Binti Jamaludin (Perak), Puan Napsiah Binti [email protected] (Johor), Puan Che Meriah Binti Che Endut (Terengganu) dan Puan Barirah Binti Mokhtar (Pahang). Berbaki enam (6) buah negeri akan menyusul pengumuman kemudian.

 

Barisan pimpinan terbaru ini bukan sahaja menampilkan beberapa wajah baru namun penggembelingan dari golongan muda dan juga dari kalangan mereka yang sangat berpengalaman berada dalam satu acuan pelbagai kaum (multiracial) turut diterjemahkan.

 

Dalam pertemuan ini juga, selain menzahirkan kesatuan yang tiada berbelah bahagi, satu ketetapan secara bersama telah dicapai bahawa Wanita KEADILAN terus bersiap siaga dalam apa jua keadaan. Jentera wanita di seluruh negara akan di gerakkan bagi memastikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang secara sah dipilih oleh rakyat pada PRU ke 14 yang lalu kembali memerintah serta usaha mengangkat suara dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

 

Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah

Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat

Ahli Parlimen Merbok


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *