Carian
March 23, 2021

Wanita KEADILAN Tidak Kompromi Tindakan Keganasan Terhadap Wanita

Pimpinan Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN mengambil maklum mengenai aduan rasmi berkaitan gangguan seksual yang melibatkan ahli - ahli politik mutakhir ini. Kami dimaklumkan bahawa pihak polis telah menerima laporan daripada pemandiri dan siasatan terperinci sedang dilaksanakan.

Di kesempatan ini, Wanita KEADILAN memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang komentar yang boleh menjejaskan siasatan. Kami juga memohon agar ruang yang adil diberikan kepada semua pihak yang terlibat agar siasatan yang adil, bebas dan saksama dapat dilakukan oleh pihak berkuasa demi keadilan kepada semua pihak.

Kami juga menyeru kepada semua pihak termasuk pemandiri-pemandiri gangguan seksual yang lain serta saksi-saksi kejadian agar berani tampil membuat aduan sekiranya terdapat gangguan seksual dilakukan oleh mana-mana pihak dengan jaminan penuh daripada pihak autoriti.

Kami menegaskan bahawa keselamatan dan perlindungan kepada pemandiri yang tampil memberikan kerjasama dan keterangan hendaklah menjadi prioriti utama PDRM di sepanjang tempoh siasatan .

Wanita KEADILAN menegaskan bahawa kami tidak akan kompromi dengan sebarang tindakan keganasan terhadap wanita apatah lagi gangguan seksual yang melibatkan maruah dan harga diri wanita yang mesti dibela dan dilindungi oleh undang-undang negara.

Kami juga menawarkan khidmat nasihat perundangan percuma bagi mana-mana pemandiri gangguan seksual yang memerlukan khidmat tersebut dan boleh dihubungi melalui Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat.

Fadhlina Siddiq
Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti WANITA KEADILAN

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi WANITA KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up