Chean Chung: Pembekuan Aktiviti Balak Di Pahang Sementara Waktu Tidak Dapat Selesaikan Masalah

Chean Chung: Pembekuan Aktiviti Balak Di Pahang Sementara Waktu Tidak Dapat Selesaikan Masalah

Tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan perintah larangan tersebut melalui Jabatan Perhutanan Negeri seolah-olahnya mengaku bahawa pembalakan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya banjir di negeri Pahang. Bagaimanapun, pembekuan sementara waktu tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah.

Hakikatnya adalah, pembalakan dan penggondolan hutan telah menyebabkan kerosakan sepanjang tempoh ini tetapi tindakan dalaman yang terselindung dan hubungan urusniaga sepanjang waktu ini termasuk informasi yang tersekat telah menyebabkan rakyat tidak sedar apa yang sebenarnya telah berlaku.

Saya menggesa agar Kerajaan Barisan Nasional (BN)/Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Bebas yang menyeluruh dan telus bagi memberi penjelasan kepada lebih 10,000 mangsa banjir yang terjejas dan rakyat seluruh negara. Kerajaan perlu memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan mengemukakan resolusi berdasarkan hasil siasatan tersebut. Bukannya sekadar menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dan mengabaikan nyawa serta kepentingan rakyat jelata.

Aktiviti pembalakan dan pembersihan Hutan di Pahang bukannya sesuatu isu yang baru dan isu ini adalah rumit kerana penglibatan pelbagai pihak tetapi Kerajaan Pahang memilih untuk mendiamkan diri sejak dulu lagi. Saya pernah mengutarakan isu ini dalam sesi pembahasan Belanjawan Negeri Pahang 2022 bahawa sebanyak 26% pendapatan Kerajaan Negeri adalah dari pembalakan dan perlombongan, jika Kerajaan Negeri sendiri mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pembalakan, bagaimanakah Kerajaan Negeri nak menyelesaikan masalah ini?

Sejak dari dulu, isu seperti pencemaran Tasik Chini, isu sisa-sisa radioaktif Lynas, Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah memilih untuk bersama dengan rakyat. Kerajaan Barisan Nasional perlu mengambil keputusan segera untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas yang merangkumi parti politik dan juga pertubuhan bukan kerajaan Alam sekitar dengan menjalankan siasatan. Jangan lagi menunggu sehingga rakyat menjadi mangsa banjir baru memberi perhatian, ia dah terlambat.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Bendahari AGUNG KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *