Carian
August 12, 2021

Penangguhan Siasatan Kes Rogol Adalah Penganiayaan Kepada Mangsa

1. Merujuk laporan Malaysia Gazette pada 11ogos 2021 Saudara Asheeq Ali Setvi Alivi peguam kepada mangsa rogol tersebut menyatakan bahawa terdapat dua orang rakan pegawai Menteri perdagangan antarabangsa dan industri MITI yang turut terlibat. Beliau menegaskan anak guam beliau akan membuat tuntutan di Mahkamah agar pihak PDRM mendedahkan maklumat berkenaan siasatan yang telah dijalankan sekiranya pihak PDRM tidak menjawab tuntutan mangsa dalam masa 7 hari iaitu berkenaan status mengenai laporan polis yg telah dibuat oleh mangsa 9 bulan yang lepas.

2. 9 bulan bukanlah waktu yang pendek bagi mangsa. Pastinya pelbagai kesengsaraan dan kesulitan yang telah dan sedang beliau lalui. Menangguhkan siasatan sepanjang tempoh tersebut benar-benar menganiaya serta menzalimi mangsa.

3. Pihak PDRM digesa bagi menjalankan siasatan segera agar keselamatan dan nasib mangsa dibela. Tertuduh wajar disiasat di bawah seksyen 375 dan 376 kanun keseksaan di atas jenayah rogol. Hukuman bagi kesalahan merogol adalah amat berat iaitu hukuman maksimum sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. Justeru kesalahan merogol adalah kesalahan serius yang mana perlu didahulukan dan dipercepatkan siasatan.

4. Saya menyeru juga motto 'polis dan masyarakat' berpisah tiada dibuktikan dan krisis kepercayaan rakyat terhadap PDRM wajar dipulihkan

5. Menangguhkan siasatan memberi tanggapan kepada rakyat bahawa pihak PDRM membuat siasatan terpilih dan cuba melindungi orang tertentu.

6. Sebagai rakyat yang mempercayai institusi kepolisan, Saya menggesa siasatan yang segera dan tuntas terhadap laporan mangsa dilakukan dan pesalah wajib didakwa.

Puan Junaida Jamaludin
Ketua Wanita Keadilan Perak

Related Posts
crossmenuchevron-up