March 12, 2026

Kenyataan Media

๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐Š๐š๐ฆ๐ข๐ฅ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ง๐ข๐ฆ

๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐Š๐ž๐š๐๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Pertimbang Pelaksanaan Dasar Kerja Dari Rumah Bagi Kurangkan Tekanan Kos Susulan Kenaikan Harga Minyak Dunia

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan dasar kerja dari rumah (Work From Home - WFH) secara bersasar bagi sektor tertentu susulan kenaikan harga minyak dunia akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Cadangan tersebut dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan pergerakan harian rakyat, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi bahan api khususnya RON95.

Pelaksanaan dasar ini boleh dimulakan di pejabat kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sebelum diperluaskan kepada sektor swasta yang bersesuaian mengikut keperluan operasi masing-masing.

Pendekatan ini juga dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, menjimatkan kos pengangkutan rakyat serta menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Dalam masa sama, langkah tersebut berpotensi membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi bahan api dengan lebih berhemah selain mengurangkan beban kos kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan harga minyak dunia.

Cadangan pelaksanaan secara fleksibel seperti beberapa hari bekerja dari rumah dalam seminggu boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kesesuaian fungsi jabatan, agensi dan organisasi.

Pendekatan ini juga selari dengan usaha meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan di samping menyokong agenda kelestarian melalui pengurangan penggunaan kenderaan dan pelepasan karbon.

Muhammad Kamil Abdul Munim

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Related Posts
๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐‘๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ๐“ ๐๐”๐Š๐“๐ˆ ๐Š๐„๐˜๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€
Angkatanย Mudaย KEADILANย (AMK)ย Malaysiaย menyambutย baikย perkembanganย positifย prestasiย m...
Ketahui Lebih Lanjut
๐‘๐„๐’๐๐Ž๐๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐ˆ๐‹ ๐Œ๐”๐๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐€๐Œ๐Š ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€
๐…๐ˆ๐“๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐’๐„๐๐€๐‘, ๐‘๐„๐๐”๐“๏ฟฝ...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up