Carian
October 17, 2022

Azmin Jangan Cuba Kabur Mata Rakyat Selangor

Selepas pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri pada  10 Oktober yang lalu, bekas menteri besar Selangor, Azmin Ali, tiba-tiba mengambil berat keadaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan.

Mengenai dakwaan prestasi Selangor merosot selepas dia meninggalkan pejabat menteri besar, saya ingin menasihatkan Azmin Ali yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya tidak perlu cuba mengaburi mata rakyat Selangor dengan membuat dakwaan sedemikian demi memancing undi untuk Perikatan Nasional.

Sekiranya prestasi Selangor merosot, bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan Selangor berjaya melaksanakan 4 program besar sewaktu dan selepas negara dilanda Covid?

Oleh sebab Kerajaan pusat yang gagal mendapat vaksin, Selangor tak sanggup melihat kesihatan rakyat Selangor terus diabaikan, maka guna duit kerajaan negeri sebanyak RM127 juta untuk melaksanakan Selvax bagi program vaksinasi.

Selain itu, kerajaan Selangor melaksanakan program Manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) , memberi sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap isi keluarga yang berkelayakan pasca COVID-19.

Dalam keadaan inflası semakin teruk, kerajaan BN-PN gagal mengawal masalah melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi , Selangor memperuntukkan  RM10 juta untuk program Jualan Ehsan Rakyat diseluruh Kawasan DUN Selangor.

Dan terkini, kerajaan negeri sedang laksanakan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bertujuan memberi  perlindungan insurans kepada 6 juta rakyat Selangor. Selangor masih mempunyai kewangan kukuh dan stabil walaupun pelbagai inisiatif dan program telah dijayakan, tidak seperti kerajaan pusat yang meningkatkan hutang sebanyak RM1.36 Trillion pada tahun ini sahaja. Jelas perbezaan antara kerajaan bersih dan mat sakau.

Seluruh rakyat Malaysia masih mengingati ketika terpaksa hadapi kurungan di rumah oleh kerana ada orang yang gila kuasa melakukan Langkah Sheraton sewaktu Covid melanda Malaysia, kemudian rakyat terpaksa mulakan kempen kibar bendera putih demi kelangsungan kehidupan seharian.

Yang paling mendukacitakan apabila bantuan Kerajaan Pusat tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan duit KWSP untuk menyelamatkan diri, namun BN-PN dengan bangga mengatakan ini antara kejayaan terbesar mereka, kononnya membenarkan keluar wang dari situ adalah mendengar suara rakyat.

Sebelum Azmin Ali membuat sebarang tuduhan, dia harus cari sepasang cermin yang tidak kabur dan melihat muka sendiri terlebih dahulu.

Chua Wei Kiat

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN

Adun Rawang

Related Posts
crossmenuchevron-up