Carian
November 11, 2022

Azmin Tak Berani Isytihar Harta kepada Rakyat, “Tahniah” PN Cepat Tiru Budaya UMNO

Saya kesal Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali yang meremehkan calon Pakatan Harapan yang mengisytiharkan harta mereka. Ini menunjukkan selepas PN/Bersatu membentuk kerajaan bersama UMNO/BN, budaya dan gaya mereka adalah lebih mirip sekarang. 

Pengisytiharaan harta kepada orang awam adalah satu perkara yang amat mudah dan jelas. Ini adalah supaya pengundi dapat tahu kedudukan kewangan calon dengan jelas, dan tidak ada kecurigaan terhadap ahli politik yang cuba membuncitkan perut dan poket mereka. 

Lebih-lebih lagi, selepas pengkhianatan Sheraton dan lompatan secara beramai-ramai, rakyat sudah mengalami defisit kepercayaan terhadap orang politik. KEADILAN mengambil inisiatif tersebut supaya dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap proses politik. 

Pengisytiharaan kepada SPRM bukan kaedah yang terbaik. Ini adalah kerana rakyat sekarang juga ada kesangsian terhadap SPRM. Cara terbaik adalah pengisytiharaan secara terbuka, dan bukan cara tertutup. 

Maka sudah dijangka bahawa selepas Azmin Ali bekerjasama dengan UMNO/PAS, nada mereka menjadi lebih kurang sama. Saya perlu ucapkan “tahniah” kepada Azmin kerana beliau antara politikus yang selalu cepat menyesuaikan diri dengan parti yang dia lawan dulu. 

Saya memetik kenyataan beliau yang pernah melabel PAS sebagai “Pak Lebai”. Namun dia juga antara yang menyokong ideologi pak lebai. (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/03/265502/isu-tok-lebai-pas-minta-azmin-henti-serang)

Saya berharap rakyat dapat membandingkan kenyataan politikus dengan rekod mereka tidak kira dari parti mana. Jangan biar pembohongan, momokan dan kenyataan yang cuba mengelirukan terus mendominasi wacana politik negara kita.

Lee Chean Chung

Calon PH Petaling Jaya

Pengarah Komunikasi KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up