Carian
June 12, 2021

Bentang Hasil Siasatan Kemalangan LRT Kepada Umum

1. Saya mengambil maklum berkenaan laporan siasatan nahas LRT oleh Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden ini sudah lengkap dan di dalam pengetahuan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

2. Menurut beliau, laporan itu telah dibuat secara profesional dan komprehensif dalam masa yang ditetapkan. Datuk Seri Wee Ka Siong juga mendedahkan bahawa mengikut hasil siasatan awal oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati nahas itu disebabkan masalah komunikasi, ralat teknikal dan kecuaian manusia.

3. Saya menggesa Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan agar membentangkan laporan siasatan nahas ini kepada umum kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan awam. Selain itu, kerajaan juga wajar mengambil serius dan memberi jaminan agar tragedi ini tidak berulang. Kesilapan dan kecuaian sebegini yang tidak pernah berlaku wajar menjadi iktibar buat Kerajaan, Kementerian Pengangkutan dan pengendali LRT Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

4. Tambahan lagi, aspek kebajikan mangsa yang terlibat dan rakyat yang terkesan akibat insiden ini wajar terus diperhatikan. Selain daripada khidmat bantuan buat mangsa yang terlibat, kerajaan harus menggalas tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kemudahan pengangkutan awam.

SYED IBRAHIM SYED NOH
Ahli Parlimen Ledang
Jurucakap Pengangkutan KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up