Carian
October 5, 2022

BN-UMNO Barah Masyarakat, Wajar Dilenyapkan Dalam PRU15

Ahli Parlimen UMNO Lenggong Shamsul Anuar minta rakyat melupakan Anwar Ibrahim yang kononnya tidak relevan dalam politik Malaysia. 

Kalau UMNO telah hilang ingatan, saya akan biar mereka imbas balik segala punca masalah utama di Malaysia disebabkan oleh pemimpin BN-UMNO yang rakus merompak duit rakyat.

Maka dalam PRU 15 yang akan datang, rakyat harus menyokong Pakatan Harapan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim lenyapkan barah masyarakat BN-UMNO.

Pada PRU-14, rakyat sudah menolak BN -UMNO kerana kes rasuah dan menyebabkan  masa depan Malaysia yang kaya dengan pelbagai sumber  menjadi pudar . 

BN UMNO menyatakan bahawa mereka akan bawa kestabilan untuk negara. Selepas PRU 14 dan PRN Melaka serta Johor, rakyat dah sedar maksud kestabilan UMNO ialah bebaskan kluster mahkamah UMNO supaya boleh terus sakau wang rakyat. Slogan kestabilan yang dijerit oleh UMNO hanya sekadar modal kempen.

Bekas Presiden UMNO Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. Jika rakyat tidak tolak BN-UMNO pada PRU 14, Najib masih berseronok mencuri duit rakyat dan beri kepada isteri beliau iaitu Rosmah, ibu korupsi negara.

Menurut Timbalan Presiden Keadilan Rafizi Ramli, sokongan Melayu ke atas Umno merosot dengan drastik selepas isu skandal kapal LCS terbongkar dan Najib Razak masuk ke penjara setelah  Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Amat jelas motif utama  BN -UMNO mahukan PRU dipercepatkan biarpun dalam keadaan mengharung banjir hujung tahun ini. Mereka harap terus berkuasa dan meneruskan kerja utama BN-Umno mencuri duit rakyat dan selamatkan pemimpin yang makan rasuah.

Jelas sekali, punca kegagalan dan masalah di Malaysia hari ini disebabkan BN-UMNO memegang tampuk pemerintahan selama 60 tahun dan kegilaan pemimpin BN UMNO terhadap kuasa. 

Rakyat Malaysia perlu bangkit dan tolak pemimpin kleptokrat BN- UMNO agar Malaysia bebas dari barah sistem politik yang kotor dan jijik ini.

CHUA WEI KIAT

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN

ADUN Rawang

Related Posts
crossmenuchevron-up