Carian
April 7, 2023

Derma organ adalah secara sukarela bukan “urus niaga”, PN harus insaf dan minta maaf

Ahli Parlimen PN Machang Wan Ahmad Fayhsal “mencipta cerita rakyat terpaksa menjual buah pinggang” untuk meraih sokongan rakyat dalam isu KWSP.

Kenyataan tersebut memberi bayangan negatif kepada orang umum tentang tindakan derma organ, dan menafsirkan sebagai satu “urus niaga”, padahal tindakan  tersebut adalah secara sukarela, maka PN harus insaf dan mohon maaf secara terbuka kepada pesakit dan penderma organ.

Di samping itu Wan Ahmad Fayhsal harus tahu tindakan menjual organ adalah salah di sisi undang-undang, sekiranya dia masih kekal dengan pendirian itu, saya cabar dia lapor kepada pihak berkuasa, bukan setakat guna kes tersebut untuk “mileage politik “.

Wan Ahmad Fayhsal telah menghina pesakit dan penderma organ, serta sabotaj usaha  kerajaan menggalak rakyat daftar sebagai penderma organ. 

Susulan kenyataan ahli parlimen tersebut  seorang pengguna TikTok telah mohon maaf atas isu ingin menjual buah pinggang demi kelangsungan kehidupan.

Ini bukan kali pertama wakil rakyat main isu berkaitan dengan isu  kesihatan untuk “mileage politik “, Ahli Parlimen Kapar Halimah Ali mendakwa menu Rahmah boleh menyebabkan autisme, akhirnya mohon maaf.

Umum tahu PN tidak berniat untuk menjadi pembangkang yang efektif, mereka hanya fokus  main sentimen rakyat dari segi agama, bangsa dan sebagainya.

Tapi apa yang berlaku mengenai dakwaan menjual buah pinggang jelas keterlaluan, dan menyinggung perasaan penderma organ dan pesakit yang menunggu organ baru untuk meneruskan kehidupan.

Pada tahun lepas Kementerian Kesihatan berkata kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia antara 10 negara yang terendah di dunia.

Menurut data Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) pada 27 Julai tahun lepas, 10,357 pesakit  sedang menunggu pelbagai organ utama selepas kematian penderma, 10,261 kes dari situ menunggu buah pinggang.

Chua Wei Kiat

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN

ADUN Rawang

Related Posts
crossmenuchevron-up