Carian
July 14, 2023

Fitnah Bukan Bahan Dagangan Politik

Saya membaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Biro Perundangan dan perlembagaan Bersatu Saudari Shasha Lyna berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Saudara Farhan Dato Fauzi telah membuat satu laporan polis berkaitan tuduhan-tuduhan dangkal yang dibuat oleh pihak Perikatan Nasional keatas Dato Seri Anwar Ibrahim .

Suka saya mengingatkan kepada semua bahawa kritikan dan tuduhan bersifat fitnah adalah dua perkara yang berbeda,kritikan saudari Shasha yang mengatakan bahawa mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan saman sivil sebagai tindakan jelas menunjukkan bahawa saudari Shasha lyna bukanlah seorang pemimpin yang baik dalam memahami pentas politik Negara.

Jika kita bercakap soal keuntungan laba dari menang saman pasti itulah jalan yang diambil oleh mana-mana pihak, namun saya yakin dipihak Perdana Menteri beliau lebih mahu menekankan soal pembentukan Sahsiah insaniah yang melihat perkara yang menyentuh sesuatu tanpa bukti asas yang akhirnya menimbulkan fitnah harus dikenakan tindakan yang sesuai supaya ia menjadi rujukan kepada masyarakat yang lain.

Cukuplah Negara sekarang sedang berdepan dengan politik jumud yang dimainkan oleh mereka, jangan heret rakyat kepada situasi politik fitnah dengan gambaran bahawa sesiapa sahaja yang mampu menyerang Perdana Menteri sekiranya disaman akan dibantu untuk dipertahankan. Kritiklah semahunya dengan niat untuk menegur dan memperbaiki Negara ini bersama.

Kepada saudari Shasha Lyna politik tidak harus digambarkan begitu murah dengan membiarkan fitnah menjadi asas politik. Wanita seharusnya lebih cakna dan peka dalam menjadikan politik negara ini lebih harmoni dan beradab.

Siti Aishah Shaik Ismail

Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Pusat

Related Posts
crossmenuchevron-up