Ungkapan Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai "Keluarga Malaysia" adalah pengakuan, namun dipersoalkan, kerana retorik perkauman UMNO tidak mencerminkan hakikat sebenar yang berlaku di negara kita.
Malaysia sememangnya menjadi "keluarga" bagi rakyatnya, malahan terlebih dahulu sebelum beberapa ahli politik memilih untuk menggunakan label istilah sedemikian.
Namun begitu, diharapkan agar Perdana Menteri baru akan membuktikan kata-katanya dengan tindakan untuk menyatukan negara kita, terutamanya dalam menghadapi wabak Covid-19.
Beliau tidak boleh gagal untuk menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak lagi meletakkan kepercayaan dan harapan pada masa-masa sukar ini, apatah lagi dengan rekod yang berbaur kontroversi daripada pihak partinya dan dirinya sendiri.
Keluarga yang bahagia dan stabil, bagaimanapun, mesti memperkasa anggota keluarga mereka sendiri, daripada mengabaikan serta mengecualikan mana-mana saudara-mara tertentu, atau mengambil keputusan untuk berpihak tanpa rundingan.
Sebaliknya, KEADILAN di bawah pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim secara konsisten melihat kepada perlunya kelompok berbilang kaum yang progresif.
Dikenali sebagai parti yang terdiri daripada kepelbagaian kaum, kami akan terus kekal sebagai parti berbilang kaum, di samping memperjuangkan pendekatan semua negara negara dalam pembangunan dan pemerintahan, misalnya melalui Agenda Ekonomi Malaysia dan Konsep Ketuanan Rakyat.
KEADILAN telah membuktikan bahawa janji-janjinya mempunyai makna. Maka terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk melakukan hal yang sama dalam masa 21 bulan yang masih ada dalam tempoh Parlimen ini.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA