August 13, 2025

KDN Ambil Serius Insiden Serangan Terhadap Anak YB Rafizi Ramli Di Putrajaya

Saya telah menghubungi dan bercakap sendiri dengan YB Rafizi Ramli sejurus dimaklumkan mengenai insiden ini. Saya merakamkan rasa simpati dan keprihatinan yang mendalam kepada YB Rafizi Ramli dan keluarga atas insiden serangan yang melibatkan anak beliau di Putrajaya dan mendoakan agar anak beliau segera pulih dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kejadian ini dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Perlu saya tegaskan juga bahawa

semua siasatan dijalankan secara adil dan berlandaskan undang-undang, tanpa dipengaruhi oleh status atau latar belakang mana-mana pihak, selaras dengan tanggungjawab PDRM memastikan keselamatan dan keadilan untuk semua rakyat termasuk kanak-kanak.

Keselamatan rakyat adalah keutamaan, dan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk keganasan atau ancaman.

Saya menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut undang-undang.

SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL

Menteri Dalam Negeri

Related Posts
crossmenuchevron-up