Carian
November 6, 2024

KEADILAN Sabah Sedia Meneroka Ruang Kerjasama

Parti Keadilan Rakyat Sabah terbuka untuk meneroka ruang kerjasama dalam usaha memperkukuhkan Kerajaan Madani dalam menghadapi PRN Negeri yang dijangka akan dilaksanakan tahun hadapan.

Kami mengalu-alukan cadangan Jawatankuasa rundingan kerusi PRN17 yang diutarakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah baru-baru ini dalam usaha mengukuhkan kerjasama baik dan kestabilan politik yang sedia ada.

Kelmarin juga pihak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah mengadakan perbincangan tidak rasmi untuk meneliti titik-titik pertemuan dan menghormati perbezaan pandangan dalam menentukan halatuju politik Sabah yang memerlukan pendekatan berbeza dengan konteks Semenanjung.

Dalam menghadapi PRN ke-17, Pakatan Harapan sudah pun membentuk Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat. PH Sabah akan menyelesaikan dulu perbincangan serta rundingan dalaman sebelum memulakan rundingan kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan.

Dalam proses rundingan nanti PKR ingin menekankan agar pendekatan inklusif dapat dilaksanakan secara adil. Perbincangan perlu juga meliputi pembahagian adun dilantik, kuota Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah GLC, Jawatan-jawatan di peringkat DUN, Kampung dan Komuniti.

PKR juga ingin menegaskan bahawa prinsip asas kerjasama ini perlu didasari oleh pengurusan tatakelola yang baik I.e Good governance dan meletakkan kepentingan serta kebajikan rakyat diutamakan.

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐔𝐒𝐓𝐀𝐏𝐇𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐌𝐔𝐃

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah

Related Posts
crossmenuchevron-up