Carian
October 13, 2022

KEADILAN TIADA HASRAT KERJASAMA PILIHANRAYA DENGAN GTA DAN PN

Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan, DS Anwar Ibrahim, bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.

Ini tidak benar. Pendirian KEADILAN dan Pakatan Harapan amat jelas, iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri.

DS Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15 tidak hanya tertumpu kepada usaha menumbangkan UMNO-BN tetapi mesti berteraskan prinsip-prinsip agenda reformasi, tatakelola yang baik, dan melawan rasuah. 

Oleh itu, KEADILAN tiada hasrat untuk mengadakan perbincangan kerjasama pilihanraya dengan GTA dan PN.

Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up