Carian
September 7, 2022

Kerajaan Harus Selesaikan Dengan Solusi Bukan Sekadar Teguran

Saya meneliti kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Agama dan Menteri Wanita berkait isu melibatkan adik Puteri Balqis yang mendedahkan bagaimana beliau menghadapi kehidupan berkeluarga dalam keadaan yang sangat tidak harmoni.Pelbagai perkara diluahkan oleh beliau bagi menggambarkan betapa lelahnya beliau dalam berhadapan dengan semua perkara sepanjang proses ujian itu berlaku.

Saya bersetuju bahawa menceritakan sesuatu aib adalah tidak wajar dalam Islam namun bagi saya ia harus menjadi satu perkara yang perlu dipandang serius dan memerlukan pendekatan bersesuai bagi pihak kerajaan.

Menteri Wanita seharusnya menjadi lebih peka dan aggresif kepada perkara seperti ini dengan memberikan solusi terbaik kepada masyarakat jika mereka juga melalui perkara yang sama.Dengan menyebut bahawa jika ada laporan baru ia diambil tindakan itu tidak menggambarkan fungsinya sebenar kementerian tersebut yang sepatutnya tidak bertindak sebagai "Balai Polis" tetapi seharusnya menjadi rakan pendengar dan penyelesai yang baik.

Kadangkala saya lihat kebanyakan rakyat tidak gemar menggunakan kemudahan kementerian kerana pertamanya mereka lihat hak mereka itu tidak diadili dan kekangan birokrasi yang bersifat menekan sering digunakan apabila setiap perkara harus melibatkan perundangan sedangkan solusi awal yang ada ialah dengan memastikan mereka ini didekati dengan dasar kepedulian bukan sebagai bahan publicity murahan semata-mata.

Saya yakin masih ramai diluar sana yang melalui perkara-perkara seperti dilalui oleh adik Puteri Balqis dan kerajaan terutamanya Kementerian Wanita harus menjalankan tanggungjawab mereka secara total.Kementerian agama juga harus lebih berfungsi mendepani isu-isu besar berkaitan dengan masyarakat hari ini dan tidak hanya melihat kepada sesuatu isu berdasarkan hukum tetapi tidak menyentuh kepada soal kebajikan dan rahmah.

Islam itu meletakan keadilan di tempatnya dalam masa yang sama ia menjadi petunjuk kepada sesuatu yang tidak baik kepada yang baik.Kepada Menteri Agama banyakan berada di radar rakyat agar ia membolehkan kementerian itu meneliti setiap perkara sesuai dengan kebijakan yang digambarkan oleh Islam.

Siti Aishah Shaik Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up