Carian
February 5, 2021

Kerajaan Perikatan Nasional Tidak Peka Budaya Etnik

Kenyataan Media | 5 Februari 2021

 

Prosedur Operasi Standard (SOP) Tahun Baru Cina yang diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kurang peka terhadap budaya setiap etnik.

 

Saya menyarankan agar cabinet Perikatan Nasional untuk menganjurkan kursus budaya bersama untuk memahami keunikan kebudayaan negara ini.

 

Kesilapan Kerajaan Perikatan Nasional dengan menjadikan malam sebelum Tahun Baru Cina sebagai Hari mengadakan makan malam bersama (reunion dinner). Walaupun ia telah diperbetulkan, tetapi ia membuktikan bahawa Kerajaan PN kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang budaya setiap kumpulan etnik di negara kita ini. Tambahan pula, Tahun Baru Cina tiada amalan untuk perarakan tanglung. Tindakan memasukkan amalan perarakan Tanglung dalam Prosedur Operasi Standard yang baru dikeluarkan adalah tidak memerlukan.

 

Penglibatan Jabatan Perpaduan Negera yang seharusnya mengetahui budaya etnik dalam menyediakan SOP tersebut tetapi masih melakukan kesilapan. Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 60 tahun, namun pemahaman Kerajaan terhadap kepelbagaian budaya setiap kumpulan etnik masih kurang. Ia membuktikan kegagalan dalam dasar perpaduan dan integrasi sebelum ini.

 

Kepelbagaian budaya merupakan satu aset dan kelebihan untuk negara kita. Saya mencadangkan agar Kabinet memulakan kurus selama 3 bulan untuk mempelajari budaya setiap kumpulan ethnik dan mengundang pemimpin akademik serta wakil-wakil pelbagai persatuan budaya untuk memberi kursus kepada anggota-anggota kabinet agar dapat menghargai dan mengenali negara kita sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan terbuka di Nusantara Melayu sejak ratusan tahun dahulu.

 

Saya juga mencadangkan agar Badan Pentadbiran Awam Kerajaan (INTAN) yang bertanggungjawab untuk melatih penjawat awam agar dapat menambah kelas kebudayaan etnik Malaysia. Ia bertujuan memastikan sistem perkhidmatan awam yang sedia ada untuk mengenali kepelbagaian kebudayaan negara kita supaya penggubalan dasar yang sesuai dan inklusif dapat dijamin dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan kepelbagaian budaya pada masa yang akan datang.

 

Di samping itu, di bawah Kementerian Komunikasi perlu membantu unit perhubungan awam untuk setiap Jabatan menubuhkan biro penterjemahan bagi menterjemahkan mesej penting yang akan disalurkan kepada setiap komuniti dengan lebih berkesan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku dan mengelak negara kita dijadikan bahan ketawa untuk masyarakat antarabangsa kerana tiada bakat yang fasih pelbagai bahasa.

 

Saya juga berpendapat bahawa KEADILAN tidak keberatan untuk menyusun kursus ini jika kabinet tidak dapat mencari penyelaras yang sesuai. Ini disebabkan tidak kira budaya Melayu, sejarah Tionghua di Asia Tenggara, evolusi masyarakat Hindu, penduduk Asli Semenanjung atau budaya pribumi Borneo, pemimpin KEADILAN mempunyai kemampuan asas untuk melakukan komunikasi silang budaya. Jika kabinet menghadapi masalah, saya yakin biro Latihan KEADILAN dapat membantu.

 

YB Lee Chean Chung

Bendahari Agung KEADILAN

ADUN Semambu

Related Posts
crossmenuchevron-up