Saya merujuk kepada satu kes kecurian dari Utusan Online. Seorang wanita berusia 28 tahun dari Utara tanahair telah mngaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencuri wang dari tabung sebuah masjid atas alasan hanya mencuri rm28 bukan rm40 seperti didakwa dan tujuannya sekadar ingin mengisi minyak motor, membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit.
Biar apa pun tujuannya, perbuatan mencuri tetap salah dari segi undang - undang apatah lagi dari sisi agama Islam yg suci walau jauh disudut hati saya punya rasa empati terhadapnya dan juga terasa amat sedih kerana negara kita sudah 64 tahun merdeka tetapi masih ada rakyat yang terpaksa mencuri untuk hidup.
Amat menyedihkan lagi adalah pada hari ini (2 Sept 2021)wanita dari kategori ibu tunggal itu telah didakwa bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, maka sudah pasti tertuduh yang sudah lah tiada pndapatan tetap harus turun naik mahkamah pula untuk dibicarakan.
Dua perkara yang menjadi persoalan dalam isu ini iaitu keprihatinan pihak jawatan kuasa qariah masjid dalam menangani masalah kesempitan hidup anak mukim atau masyarakat setempat dan peranan menteri-menteri yang berkaitan dalam mnyelesaikan pemasalahan rakyat terutama dari golongan rentan. Saya cuba bayangkan kemampuan tertuduh untuk membayar wang jaminan sebanyak rm2000 yang nilainya hampir 100 kali ganda wang yang dicuri.
Adalah jelas kerajaan PN melalui Kementerian Hal Ehwal Agama dan Kementerian Hal Ehwal Wanita masih gagal menangani pemasalahan rakyat yang perlukan bantuan yang mana agensi2 dibawah Kementerian masing - masing seperti YADIM dan JKM seharusnya lebih proaktif mengenalpasti dan menjejak mereka yang sangat terkesan ekonomi disebabkan pandemik Covid 19. Adakah mungkin kerana mereka ditinggal terbiar atau tersisih sehingga semakin ramai terpaksa mencuri untuk hidup?
DS Rina Harun dan Ustaz Idris Ahmad adalah diingatkan supaya tidak terus lena dikerusi empuk sedangkan rakyat marhaen nak bermimpi pun tidak mampu.
Mahani Abdul Moin
Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat Keadilan