JKPPH menyatakan penghargaan dan ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah memberikan mandat kepada PH dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Dengan mandat yang diberikan kepada PH, PH berjaya mendedahkan skandal kewangan yang melibatkan infrastruktur pendidikan di Sarawak sehingga ke muka pengadilan.
Akhirnya, semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman kepada mereka.
PH berjaya menghentikan skandal kewangan melibatkan pendidikan masa depan anak-anak bangsa di Sarawak, malah ada banyak lagi ketirisan dan penyelewengan sedang diperbetulkan oleh PH melibatkan pendidikan negara, malangnya PH dijatuhkan oleh Langkah Sheraton.
JKPPH merasa kesal dengan skandal yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara apabila pendidikan negara dimanipulasikan demi keuntungan peribadi.
Oleh itu, JKPPH menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan peluang sekali lagi kepada PH memerintah negara bagi membolehkan proses mereformasikan sistem pendidikan dapat diteruskan.
“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”
Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:
YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)