Sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang boleh dipanggil pada bila-bila masa dari sekarang, Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP), Parti KEADILAN Rakyat akan menganjurkan Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022.
Justeru itu, Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 akan diadakan pada 27 Ogos 2022 (Sabtu) dari jam 2petang hingga 5 petang bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam..
Matlamat dan objektif utama konvensyen ini adalah:
I. Menetapkan hala tuju strategi parti dalam memasuki PRU15
Ii. Mengemaskini arahan persediaan kempen kepada seluruh lapisan jentera parti
Iii. Menyuntik semangat dan membentuk jati diri anggota sebagai persiapan memasuki PRU15.
Penyertaan Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 adalah terbuka untuk semua lapisan pimpinan termasuk pimpinan pusat, negeri, cabang, amk, wanita, sri kandi, ahli - ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, aktivis parti, akar umbi parti termasuk sukarelawan parti.
Semua peserta digalakkan untuk mendaftarkan diri lebih awal melalui Google Form yang telah disediakan. Pendaftaran pada hari konvensyen akan bermula jam 1petang, maka peserta digalakkan untuk hadir dan daftar lebih awal.
Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022, terbahagi kepada 2 segmen iaitu, segmen pertama suara akar umbi dan segmen kedua, suara pimpinan yang terdiri daripada ucapan dan amanat khas pilihanraya oleh Presiden, Dato Seri Anwar Ibrahim dan amanat s
strategi pilihanraya, oleh Pengarah Pilihanraya KEADILAN, sdr Rafizi Ramli.
Bersama dengan informasi ini, kami juga akan meluncurkan Logo Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022, yang berkonsepkan Suara Rakyat, Suara Keramat.
Bersama saya juga pada hari ini iaitu YB Lee Chean Chung, Pengarah Komunikasi KEADILAN dan YB Sdri Juwariyah Zulkifli, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN serta Urusetia Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022.
Maka, setiap anggota keadilan yang dahagakan kejayaan dalam PRU15 yang akan datang, wajar bersama-sama dengan kita untuk mencipta sejarah, menyuntik semangat dan bersama-sama bersedia sebagai keluarga keadilan menghadapi PRU yang akan datang.
Salam reformasi
MANIVANAN GOWIN
Pengarah
Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022
Parti KEADILAN Rakyat.