
Cadangan Pengecualian SST Buah Limau dan Kurma Sempena Perayaan Rakyat Malaysia
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan...
Ketahui Lebih Lanjut
Dengan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantikan politik yang menerajui GLC dan GLIC mesti turut meletakkan jawatan.
Ia adalah hal yang betul dan bermaruah untuk dilakukan.
Dengan peletakkan jawatan PM, tiada sebab untuk mereka terus menyandang jawatan tersebut.
Kebanyakan entiti GLC dan GLIC dijalankan dan diselia secara professional, peletakkan jawatan mereka tidak akan terlalu memberi kesan.
Kerajaan baharu yang bakal terbentuk nanti wajib melantik mereka yang professional dan benar-benar layak untuk mengisi jawatan-jawatan ini, bukan perkiraan politik semata-mata.
NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA