Carian
March 8, 2021

MAFI Harus Menyiasat Kenaikan Harga Beras Putih Import

Mengikut laporan akbar, BERNAS telah memaklumkan kepada para  pengedar bahawa harga beras putih import telah dinaikkan 5% dari RM2150 ke RM2250 setan.

Maka pemain industri menjangkakan kenaikan harga beras putih import di pasaran sebanyak 5% dalam minggu-minggu akan datang. Ini kerana sebarang kenaikan harga akan disalurkan kepada pengguna.

BERNAS memberi alasan bahawa kanaikan harga export dari Vietnam dan Thailand dan kos pengangkutan merupakan punca utama kenaikan harga.

Parti KEADILAN memandang serius tentang kenaikan harga beras import ini, kerana ia merupakan 30% pasaran beras negara.

Kenaikan harga juga mempunyai domino effect kepada kenaikan harga beras import varieti lain, diikuti harga bihun, koay teow, dan produk hiliran beras yang lain. Rakyat biasa akan menerima kesan kenaikan harga barang.

Ia juga akan memberi tekanan kenaikan harga beras tempatan juga, walaupun harga siling telah ditetapkan di pasaran.

Parti KEADILAN  melahirkan rasa kekecewaan, kerana perkara ini berlaku hanya sebulan sejurus selepas Kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan monopoli pengimportan beras selama 10 tahun lagi (dari Januari 2021 hingga januari 2031).

Dalam sidang parlimen yang lepas, Menteri MAFI memaklumkan kepada dewan, antara rasional memberi lanjutan konsesi monopoli import adalah untuk menjamin kestabilan beras import.

Tetapi, melihat kepada realiti sebenar, monopoli tidak dapat menjamin kestabilan harga. Kenaikan harga telah berlaku sejurus selepas konsesi monopoli dilanjutkan. Ini adalah satu kegagalan Kerajaan PN.

Parti KEADILAN menyeru pihak Kementerian MAFI menyiasat punca sebenar kenaikan harga beras import seperti berikut:

Pertama, Kita sedia maklum bahawa rolling stockpile beras mencukupi dan boleh bertahan 4-6 bulan, kenaikan harga di peringkat pengguna tidak harus berlaku begitu segera.

Kedua, MAFI haru menyiasat kenapa BERNAS tidak mengimport beras dari India, Pakistan dan Myanmar di mana harga beras putih rendah berbanding Thailand dan Vietnam.

MAFI juga harus menyiasat adakah kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh kos obligasi BERNAS yang baru. MAFI telah menambah 5 obligasi tambahan kepada BERNAS dalam konsesi baru. Adakah kos-kos obligasi terbaru ini sekarang ditanggung oleh rakyat biasa dengan kenaikan harga beras import?

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru

Related Posts
crossmenuchevron-up