Carian
September 21, 2024

MB Kedah Jangan Lebih Sudu Dari Kuah Sertai Lawatan Sambil Belajar

1.⁠ ⁠Saya merujuk kepada satu kenyataan terkait keberadaan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor di Jepun untuk mempelajari pengurusan operasi takungan air bawah tanah.

2.⁠ ⁠Walau bagaimanapun, Projek Pembinaan Empangan Bawah Tanah di Pulau Langkawi adalah projek penuh Kerajaan Persekutuan melalui Bahagian Bekalan Air (BBA) sebagai pelaksana.

3.⁠ ⁠Penilaian teknikal juga akan diuruskan oleh agensi ini yang kini sudah pun di peringkat pra pelaksanaan.

4.⁠ ⁠Oleh yang demikian, adalah tidak menjadi satu keperluan yang mendesak buat masa ini bagi Menteri Besar Kedah menyertai lawatan kerja bagi mempelajari model bagi projek yang akan dibina sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

5.⁠ ⁠Beliau juga janganlah bertindak lebih sudu dari kuah tatkala belum ada lawatan seperti ini oleh Menteri di Persekutuan walaupun beban pelaksanaan projek ini adalah di bahunya.

6.⁠ ⁠Selain fokus menyiapkan projek loji-loji air sedia ada di bawah tanggungjawabnya, sosoknya sebagai Menteri Besar juga wajar meletakkan keutamaan yang lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat yang sedang menghadapi ujian banjir.

7.⁠ ⁠Angka mangsa yang banjir di Kedah juga menunjukkan peningkatan sehingga 7,469 orang mangsa setakat pagi ini tatkala rakyat masih menunggu apakah pelan mitigasi banjir oleh Kerajaan Negeri bagi turut membantu gerak kerja agensi sedia ada di peringkat Persekutuan.

Dr. Taufiq Johari

Ahli Parlimen Sungai Petani

Related Posts
crossmenuchevron-up