Penerimaan memorandum yang diusulkan oleh Kerajaan Pusat oleh KEADILAN dan PH didorong kepedulian kami terhadap rakyat khususnya tentang keperluan reformasi institusi bagi mengatasi krisis sosio-ekonomi daripada pandemik Covid-19.
Kerajaan dengan ini melaksanakan perubahan yang dijanjikan dengan segera dan menyeluruh.
Mereka wajib menggandakan usaha untuk memerangi Covid-19 secara inklusif, menggunakan data-data sains, memacu semula ekonomi dan memulihkan kehidupan rakyat Malaysia, disamping secara jelas menolak dasar-dasar gagal yang lepas dengan campur tangan ekonomi yang lebih menyeluruh.
Dengan ini, tidak ada lagi alasan untuk melewatkan reformasi kerana kerajaan telah bersetuju menerima memorandum tersebut.
Tanggungjawab atas kejayaan atau kegagalannya terletak pada ucapan dan tindakan Perdana Menteri dan pasukan kerajaan yang dipimpinnya.
Memorandum itu sama sekali bukan lesen besar untuk kerajaan berbuat apa sahaja.
Pembangkang akan terus berjaga-jaga dan memainkan peranannya untuk proses semak imbang kepada kerajaan dan menjaga kepentingan nasional.
KEADILAN dan PH akan terus melaksanakan tugas sebagai pembangkang yang aktif. Ini bukanlah Kerajaan Perpaduan. Kami bertegas dan tidak akan teragak-agak mengkritik malah menolak perundangan di Parlimen sekiranya ada perkara yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Sebagai contoh, kami akan meneliti Belanjawan 2022 untuk memastikan bahawa ia tidak hanya menguntungkan rakyat, tetapi turut menerapkan piawai kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua perbelanjaan.
Sekiranya kerajaan menginginkan sokongan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan, ia mesti memenuhi semangat Memorandum dan berunding dengan semua aspeknya secara menyeluruh sehingga memuaskan PH sebelum membentangkannya di Parlimen.
Rundingan mesti dilakukan dengan telus yang akan melibatkan pihak berkepentingan di mana sesuai.
Memorandum ini bukan penamatan atau penangguhan proses demokrasi dan politik Malaysia tetapi tindakan patriotisme untuk kepentingan negara bagi pihak KEADILAN dan PH.
Semangat yang sama akan mendorong kita untuk meningkatkan tugas semak-dan-imbang kepada kerajaan dengan tujuan untuk memastikan pemulihan negara dan peningkatan taraf hidup rakyat.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA
PARTI KEADILAN RAKYAT