Carian
November 9, 2022

MENGELAKKAN GENERASI TERCICIR DENGAN DASAR PENDIDIKAN YANG LEBIH INKLUSIF DAN PROGRESIF

Mewujudkan masa hadapan anak muda Malaysia dan negara yang cerah melalui pendidikan yang lebih kukuh adalah sebuah proses yang perlu mengambil kira pelbagai aspek. Ia bukan sekadar menyediakan memberikan sumbangan tetapi mewujudkan ekosistem yang progresif, fleksibel dan inklusif. 

Kita tidak boleh hanya bercakap tentang memberi peruntukan atau mengumumkan program, tetapi perlu memastikan ia diselenggara dan dinilai dengan betul. Ini adalah penting memandangkan kerosakan yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 terhadap sistem pendidikan Malaysia. 

Kita bukan sahaja harus bersaing dengan negara jiran yang boleh dikatakan telah mendahului kita dalam pelbagai aspek, kita harus megelakkan lahirnya “Generasi Tercicir” yang pendidikannya terganggu semasa pandemik. 

Di sinilah di mana manifesto PH lebih baik untuk Malaysia. Janji kami lebih terperinci dan mampan berbanding manifesto BN dan PN. 

Kerajaan BN dan PN tidak menunjukkan tekad untuk menyelesaikan masalah- masalah PTPTN menimbulkan keraguan terhadap tekad mereka melibatkan PTPTN dan pendidikan percuma bagi keluarga B40. 

Sebaliknya, PH telah menjanjikan pengampunan pinjaman PTPTN yang disasarkan kepada pelajar yang berasal dari isi rumah B40.Jadual pembayaran balik PTPTN juga akan diselaraskan berdasarkan pendapatan graduan baharu bermula daripada RM4,000 dengan peratusan meningkat berdasarkan gaji. 

Kerajaan PH akan memperkenalkan lebih banyak biasiswa B40 untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN. Ini akan mengatasi kesenjangan kaya-miskin yang meluas dalam pendidikan yang ada pada hari ini. 

Kami komited untuk membasmi “kemiskinan Internet” dengan meluaskan Internet berkelajuan tinggi ke seluruh Malaysia. Ini mungkin kelihatan serupa dengan apa yang diikrarkan oleh BN dan PN, tetapi kami berikrar untuk mengutamakan liputan sejagat dan kualiti perkhidmatan mengatasi yang lain. 

BN juga telah berjanji memperkenalkan pengajaran subjek bahasa komunikasi asas seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazandusun dan semua bahasa-bahasa etnik di semua sekolah. Ini positif tetapi kita memerlukan guru-guru dilengkapkan dengan kemahiran ini. 

PH akan memastikannya dengan memperluaskan keupayaan mengajar bahasa etnik di Institut Pendidikan Guru. Bagi menggalakkan perpaduan, kami juga akan menjalankan program silang budaya untuk sekolah kebangsaan, sekolah vernakular dan sekolah agama. 

Selain itu, berbeza dengan kedua-dua manifesto BN dan PN yang menyentuh TVET dengan ringkas, manifesto PH mempunyai keseluruhan bab mengenai “Menaiktaraf Bidang Teknikal dan Vokasional”, termasuk ikrar untuk: 

  1. Memperkenalkan dasar Penolakan Sifar untuk pendaftaran ke dalam sistem TVET
  2. Menubuhkan Penyelaras Bebas dengan penglibatan industri untuk menguruskan institusi TVET.
  3. Rangka kerja OpenCreds untuk memudahkan pelajar TVET, pendidik dan profesional memperoleh akreditasi akademik dan kelayakan sarjana muda untuk meningkatkan kerjaya masa depan mereka.

Ini membuktikan PH mempunyai pelan menyeluruh untuk sektor ini, yang sangat penting untuk masa depan ekonomi Malaysia. 

Ada banyak perkara dalam manifesto PH yang jelas ke hadapan dengan sendirinya: 

  1. Meningkatkan peruntukan dana untuk program sarapan percuma semasa supaya lebih 500,000 penerima akan dibekalkan dengan nutrisi yang diperlukan setiap hari dalam sesi persekolahan mereka.
  2. Untuk mengelakkan “Generasi Tercicir” akibat Covid-19, kerajaan PH akan menyediakan peruntukan khas untuk menilai kecekapan asas pelajar dalam Membaca, Menulis dan Mengira di seluruh negara. Kami juga akan memberi peruntukan untuk guru melaksanakan pelan pemulihan yang sesuai untuk "Generasi Tercicir" akibat kemiskinan dan tinggal di kawasan terpencil.
  3. Kami telah berikrar untuk menaiktaraf sekolah usang di Sabah dan Sarawak, di samping membaiki infrastruktur sekolah seluruh negara dengan meningkatkan perbelanjaan membina bangunan baharu melalui pembinaan modular dan IBS di samping menyasarkan penyelenggaraan bangunan sekolah yang lebih cekap.
  4. Kami juga berikrar untuk mengurangkan beban tugas guru, termasuk melalui penyelarasan prosedur dan laporan sedia ada serta pengambilan pembantu pengajar.
  5. Kami juga akan berusaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (UUCA) supaya pelajar, pensyarah dan alumni diiktiraf sebagai pemegang taruh sebenar dengan memberikan mereka autonomi yang amat diperlukan serta menjunjung semangat reformasi Undi18 yang memberikan undi kepada pelajar pengajian tinggi berumur 18—20 tahun.

Malah bacaan sepintas lalu manifesto akan menunjukkan bahawa, dalam hal pendidikan dan isu-isu lain, PH sebenarnya mempunyai rancangan yang jauh lebih kukuh untuk negara kita yang tercinta. Saya menggesa semua rakyat Malaysia membaca manifesto kami di: https://kitaboleh.my/ dan menilainya sendiri. 

Perbezaannya tidak akan menjadi lebih jelas; tetapi taruhannya hanya tinggi. Pilihan di hadapan anda adalah di antara kemerosotan atau kemajuan. Antara cakap kosong dan anjakan paradigma ke hadapan. Rakyat Malaysia yang mementingkan pendidikan dan masa depan negara mesti menyokong PH. 

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI JAWATANKUASA MANIFESTO PAKATAN HARAPAN NAIB PRESIDEN KEADILAN
CALON AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA 

Related Posts
crossmenuchevron-up