Carian
August 3, 2021

Menjunjung Kasih Titah YDP AGONG

Kami Ahli-Ahli Dewan Negara menjunjung kasih titah YDP Agong yang menggesa Parlimen bersidang bagi membahaskan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat berkaitan.

Sebagai Ahli Dewan Negara yang merupakan Dewan Legislatif tertinggi, kami bersetuju dengan titah DYMM Agong bahawa pembatalan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat oleh pihak kerajaan secara tidak telus dan tanpa melalui kedua-dua dewan dan mendapat perkenan DYMM Agong adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Kami juga ingin menyatakan kekesalan kami apabila persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada 3 – 5 ogos telah ditangguhkan dengan notis yang pendek tanpa mengikut peraturan mesyuarat Dewan Negara yang betul.

Kami juga dimaklumkan bahawa hampir semua ahli parlimen termasuk Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah menerima 2 dos vaksin yang melayakkan Herd Immunity dicapai di kawasan parlimen. Berdasarkan fakta tersebut, kami berpendapat Dewan Negara adalah selamat untuk bersidang.

Pihak kami juga menyatakan pendirian tegas kami untuk tidak bersetuju dengan sikap derhaka yang ditunjukkan oleh pihak Kerajaan yang membelakangi Titah DYMM Agong dan majlis raja-raja.

Kami percaya Dewan Negara yang berfungsi sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan seperti yang diperuntukan di dalam perlembagaan persekutuan.

MEMULIHKAN NEGARA MENGEMBALIKAN DEMOKRASI

Ahli-Ahli Dewan Negara:-

SENATOR HJH RAJ MUNNI SABU (Ketua sekretariat)
(Merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara)

SENATOR DATUK THEODORE DOUGHLAS
(Merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara)

SENATOR DATO’ ISMAIL YUSOP
(Merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara)

SENATOR DR YAAKOB SAPARI
SENATOR DATO DONALD PETER MOJUNTIN
SENATOR DATUK HUSAM MUSA
SENATOR MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF
SENATOR MANOLAN MOHAMAD
SENATOR LAKSAMANA (B) MOHD IMRAN ABDUL HAMID
SENATOR DR AHMAD AZAM HAMZAH
SENATOR LIM HUI YING
SENATOR NGA HOCK CHEH
SENATOR ALAN LING SIE KIONG
SENATOR ADRIAN BANIE LASIMBANG
SENATOR KESAVADAS ACHYUTHAN NAIR
SENATOR SURESH SINGH

Related Posts
crossmenuchevron-up