
Insiden menyerang sehingga mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi adalah satu tindakan keji, tidak bertamadun dan sama sekali tidak boleh diterima.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan telah mengarahkan pihak berkuasa segera bertindak membawa pelaku ke muka pengadilan.
Kerajaan sentiasa menghormati hak rakyat berhimpun secara aman seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun kebebasan ini tidak boleh disalahguna.
Malaysia adalah negara berdaulat yang tertakluk kepada undang-undang; setiap warga mesti menghormati prinsip ini dan mengelakkan sebarang tindakan yang bercanggah dengan peraturan negara.
Tiada kompromi terhadap pihak yang menyalahgunakan hak berhimpun untuk kepentingan politik sempit, mencetuskan huru-hara atau menyemai kebencian melalui maklumat palsu.
Keselamatan rakyat, keamanan negara dan integriti pasukan keselamatan adalah keutamaan yang wajib dipertahankan.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Menteri Dalam Negeri