November 12, 2025

MENYOKONG PERLAKSANAAN DASAR BOIKOT, PELUPUSAN DAN SEKATAN (BDS) TERHADAP REJM PENGGANAS ISRAEL

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan di Kota Kinabalu pada 9 November 2025 telah meluluskan satu usul bahawa parti menyokong perlaksanaan dasar Boikot, Pelupusan dan Sekatan ataupun BDS (Boycott , Divestment and Sanctions ) terhadap rejim pengganas Israel bertujuan menyokong perjuangan menegakkan keadilan untuk rakyat Palestin dan penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka.

Strategi BDS yang serupa pernah digunakan pada era 80-an dan 90-an untuk menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan.

Mesyuarat MPP turut meluluskan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji isu tersebut dan mencadangkan pelbagai tindakan BDS yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia secara bersendirian atau bersama negara-negara lain.

Jawatankuasa BDS itu pula akan membentangkan cadangannya semula kepada MPP, dan selepas diterima pakai di peringkat MPP, idea-idea ini akan dibincangkan di peringkat gabungan Pakatan Harapan yang lebih luas dan juga dengan gabungan-gabungan lain dalam kerajaan Madani. Pada akhirnya, cadangan-cadangan ini akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dan pelaksanaan.

MPP juga bersetuju melantik Dr. Maszlee Malik, Ketua Biro Hubungan Antarabangsa Keadilan untuk mengetuai jawatankuasa tersebut.

Dr Maszlee Malik

Pengerusi,

Biro Hubungan Antarabangsa,

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Related Posts
crossmenuchevron-up