July 23, 2025

Penghargaan Untuk Rakyat: Bukti Kerajaan Perpaduan Berintegriti, Berkompetensi dan Berjiwa Rakyat

Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim  pagi ini merupakan hasil pentadbiran sebuah kerajaan yang berintegriti, berkompetensi dan berjiwa rakyat yang berjaya membawa limpahan hasil untuk kesejahteraan rakyat.

Wanita KEADILAN menyambut baik inisiatif tersebut sebagai manifestasi kejayaan pentadbiran sebuah kerajaan yang berintegriti, berkompetensi dan berjiwa rakyat. Kejayaan ini membuktikan bahawa hasil negara dapat dikembalikan kepada rakyat apabila tadbir urus negara dilaksanakan secara telus dan amanah.

Mandat rakyat menjadi teras kepada setiap dasar dan pelaksanaan program kerajaan. Pengumuman hari ini mengesahkan bahawa Kerajaan Perpaduan kekal fokus menunaikan mandat tersebut, terutamanya dalam usaha memperkukuh ekonomi negara.

Ekonomi Malaysia kini berada di landasan kukuh dan meyakinkan dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi 4.5%, lonjakan 11 anak tangga Indeks Daya Saing Dunia, pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah RM384 bilion, pengangguran turun dan pendapatan rakyat naik.

Hasil daripada pengukuhan ekonomi, Kerajaan Perpaduan berjaya mengembalikan hasil negara kepada rakyat. Antaranya, sumbangan RM100 one-off dibawah program SARA sempena Hari Kemerdekaan, kadar tol kekal dengan kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta dan harga petrol turun kepada RM1.99 seliter.

Walaupun pencapaian ini mungkin belum mampu memenuhi harapan semua pihak, ia adalah petanda positif bahawa negara mempunyai potensi besar untuk melangkah lebih jauh ke hadapan dengan syarat kepimpinan berpasukan yang bijaksana, telus dan berwibawa terus dikekalkan.

Pencapaian ini juga tidak akan direalisasikan tanpa amalan tatakelola dan pentadbiran kerajaan berintegriti dan berjiwa rakyat dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri yang komited melawan rasuah dan salahguna kuasa.

Wanita KEADILAN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Perdana Menteri atas kejayaan membawa Malaysia ke ambang peralihan besar sejak 2023 melalui penerapan kerangka Ekonomi MADANI sebagai asas menuju Rancangan Malaysia Ke-13.

Wanita KEADILAN akan terus memperjuangkan keadilan untuk semua serta menyokong pelaksanaan Malaysia MADANI agar Kerajaan Perpaduan kekal fokus dalam melaksanakan mandat rakyat demi Malaysia yang lebih adil, makmur dan bermaruah.

WANITA KEADILAN MALAYSIA

Related Posts
crossmenuchevron-up