Wanita Keadilan Johor hari ini amat kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Tebrau yang juga merupakan Ketua Cabang Tebrau YB Steven Choong di atas tindakan beliau menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan keluar dari parti.
Sikap beliau sangat tidak bertanggungjawab kepada amanah rakyat dan undi rakyat yang selama ini memilih KEADILAN sebagai parti yang meneraju Tebrau.
Bertanding dan menang menggunakan logo dan lambang KEADILAN dan rakyat juga memilih beliau disebabkan oleh lambang KEADILAN. Pengkhianatan kepada undi rakyat ini adalah satu perkara yang paling hina.
Pengkhianatan menjadi satu di antara perbuatan tercela. Pengkhianatan menodai nilai-nilai kesetiaan , Pengkhianatan juga menyebabkan kerosakan dan kerugian baik dari segi mental mahupun fizikal.
Saya menyeru untuk semua pengundi supaya pada pilihanraya akan datang kita pastikan pemimpin dusta seperti ini ditewaskan.
"Siapkan 10 peluru dalam senjata
9 peluru untuk pengkhianat dan 1 sahaja untuk lawan, kerana PENGKHIANAT adalah musuh terbesar" - Jeneral Soedirman
Napsiah Khamis
Ketua Wanita KEADILAN Johor
Exco Wanita Keadilan Pusat