Carian
November 24, 2022

PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN SEBAGAI MENJUNJUNG TITAH KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Bagi pihak KEADILAN dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan, saya menyembah takzim kepada KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong yang telah bertitah memperkenan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang akan mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan.

Seperti mana pimpinan KEADILAN dan PH tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang usaha membentuk Kerajaan Perpaduan berlangsung (sejak keputusan PRU15 dimuktamadkan), saya menyeru supaya semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong dan anggota KEADILAN, PH dan rakan-rakan politik menghormati keperluan mendesak untuk meredakan keadaan.

Oleh itu, saya menasihatkan supaya:

1) Tidak ada sebarang perhimpunan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan risiko provokasi

2) Berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik

3) Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi

Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang.

RAFIZI RAMLI

Related Posts
crossmenuchevron-up