Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 Pakatan Harapan mendesak Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mengkaji semula strategi vaksin semasa untuk mempercepat kadar vaksinasi. Pelancaran vaksinasi semasa adalah perlahan dan tidak berkesan, ekorannya gagal mengekang lonjakan rekod jangkitan Covid-19 di negara kita yang baru-baru ini mencapai 6075 kes baru.
Berdasarkan kenyataan oleh Menteri Khairy Jamaluddin pada 5 Mei, Tahap 3 imunisasi mungkin ditangguhkan kerana bekalan vaksin yang tidak mencukupi. Perkara ini menimbulkan kebimbangan yang ketara kerana kesabaran dan daya berjuta-juta rakyat Malaysia semakin runtuh akibat program imunisasi vaksin yang lembap dan perlahan.
Kerajaan hanya bergantung pada tiga vaksin yang diluluskan oleh NPRA: Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Bergantung kepada hanya 3 jenis vaksin sahaja adalah terlalu kurang dan berisiko tinggi.
Jumlah dos yang sedikit seiring dengan kekurangan variasi menimbulkan ancaman segera terhadap keadaan yang semakin buruk di negara kita.
Untuk mengatasi kekangan kekurangan bekalan vaksin, Kerajaan harus mengkaji semula strategi vaksin terkini dan menerapkan pendekatan baru untuk program imunisasi. Oleh itu,Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 PH ingin mengemukakan cadangan langkah-langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan segera:
1. Mempercepatkan kelulusan vaksin NPRA
2. Mengembangkan variasi vaksin
3. Membenarkan Kerajaan Negeri dan hospital swasta memberikan vaksin kepada pelangganyang membayar
Pertama sekali, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mesti mempercepat kajian dan kelulusan calon vaksin, terutamanya yang telah diluluskan oleh WHO dan pihak-pihak berkuasa kesihatan di luar negara. Proses birokrasi yang keterlaluan dan tidak efisien perlulah diatasi dan pada masa yang sama menjaga kebebasan proses kajian untuk memastikan kelulusan yang cepat dan tepat sambil menjaga keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.
Setakat ini, vaksin Sputnik V dan Cansino masih menunggu kelulusan walaupun sudah beberapa bulan dihantar permohonan. Proses ini dapat dipercepat dengan bantuan agensi kompeten sebaya dari negara lain. Sputnik V telah mendapat kelulusan dari 60 negara di seluruh dunia dan NPRA harus berusaha mendapatkan data yang diperlukan untuk mempercepatkan proses kelulusan. Sekiranya kedua-dua vaksin yang disebut mendapat kelulusan, peningkatan kadar program imunisasi yang dihasilkan akan memainkan peranan yang mustahak dalam memerangi lonjakan Covid-19 sekarang.
Strategi kedua adalah untuk memperluaskan pemilihan vaksin terkini dalam negara. Kerajaan mesti mengambil inisiatif untuk mendapatkan vaksin yang baru diluluskan oleh WHO seperti Janssen dan Moderna. Kita juga haruslah berunding dengan syarikat vaksin tahap kajian akhir seperti Sinopharm, Novavax dan lain lain. Kerajaan tidak harus berhenti mendapat bekalan vaksin lain melihat pilihan-pilihan vaksin yang dipunyai semasa, kerana syarikat farmasi telah menetapkan keutamaan mereka kepada negara-negara kaya.
Malaysia mampu membeli vaksin pada atau atas harga pasaran untuk menjamin penghantaranvaksin awal seperti taktik yang digunakan oleh UAE dan Israel tahun lepas. Impak negatif ke atas ekonomi daripada kadar vaksinasi yang perlahan ini adalah lebih parah berbanding kos perbelanjaan untuk membeli vaksin pada harga yang lebih tinggi.
Kerajaan haruslah mempertimbangkan situasi semasa dan mengambil tindakan lanjut dengan membeli lebih banyak vaksin daripada pembekal-pembekal lain untuk mempercepatkan kadar vaksinasi semasa dan menyumbang kepada pemulihan situasi Covid-19 di Malaysia.
Seperti kisah Titanic yang diceritakan oleh Menteri Khairy Jamaluddin, Malaysia tidak harus menunggu kapal selamat yang sedia ada, tetapi harus bersungguh-sungguh membeli "tiket" baru kapal selamat yang baru.
Strategi ketiga adalah membenarkan Kerajaan Negeri dan badan perawatan swasta seperti hospital dan penyedia perubatan memperoleh dan memberi vaksin pelanggan berbayar. Langkah ini akan menarik kekuatan pasaran untuk mengisi jurang-jurang yang sedia ada dalam industri kesihatan negara. Kerajaan Persekutuan kemudiannya akan dapat menggunakan sumber yang terhad untuk menumpukan usaha untuk memberi vaksin penduduk yang lain.
Kerajaan haruslah proaktif dan tidak mengulangi kesalahan sebelumnya dalam proses perolehan vaksin. Malaysia lewat dalam proses perolehan berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Sikap "tunggu dan lihat" kerajaan menyebabkan kegagalan mengawal lonjakan semasa dan seterusnya telah mengorbankan banyak nyawa. Seburuk-buruknya keadaan kita, ia masih belum terlambat. Sekarang adalah masa untuk kita mengambil keputusan untuk menyemak semula strategi vaksinasi kita dan menyelamatkan nyawa.
YB Dr Dzulkefly Ahmad - Pengerusi (Kuala Selangor)
YB Dr Lee Boon Chye (Gopeng)
YB Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching)
YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut)
YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru)
YB Dr Ong Kian Ming (Bangi)
YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan Selangor)
YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan Pulau Pinang)
YB Veerapan Supramaniam (Exco Kesihatan Negeri Sembilan)