Kerajaan Persekutuan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) harus mengutamakan warga tua terutama mereka yang menginap di Rumah Penjagaan Warga Emas (Elderly Care Nursing Homes) memasukkan mereka ke dalam Fasa 1 Program Vaksinasi Kebangsaan untuk mengurangkan beban kesihatan juga dan kadar kematian.
Dengan pengumuman baru-baru ini mengenai kluster di seluruh negara yang melibatkan rumah jagaan warga tua termasuk Kluster Geronggang & Mas Merah di Sarawak yang setakat ini telah melaporkan 51 kes positif dan 1 kematian, dan kluster Jalan Cheras yang melaporkan 24 kes setakat ini di antara yang lain, adanya keperluan besar untuk memberi pengutamaan vaksinasi kepada warga emas kerana mereka sering kali paling rentan terhadap gejala yang lebih teruk dan kemungkinan kematian yang lebih tinggi kerana usia mereka dan penyakit lain yang mendasari.
Masalah sebaran wabak COVID di rumah jagaan warga emas tidak hanya terhad di Malaysia tetapi juga merupakan fenomena global. Kes terburuk dilihat di Kanada, di mana kira-kira 80% daripada semua kematian Covid-19 berlaku di rumah jagaan warga emas. Di UK dan Amerika Syarikat, sekitar 30-40% daripada semua kematian Covid-19 berlaku di rumah jagaan warga emas. Kematian di rumah penjagaan warga emas merangkumi kira-kira separuh daripada semua kematian di 21 negara maju. Anggaran 6.5% dari semua penduduk rumah jagaan di UK meninggal dunia pada minggu pertama wabak COVID-19.
Di Malaysia, daripada 2.3 juta orang di atas usia 65 tahun, sekitar 30,000 hingga 40,000 tinggal di rumah jagaan warga emas dan terdapat 8000 pekerja di rumah-rumah jagaan ini. Di Malaysia dianggarkan sekitar 1500 rumah jagaan di mana hanya 350 adalah berdaftar.
Risiko kematian bagi warga rumah penjagaan warga emas adalah sangat tinggi. Warga emas yang tinggal di rumah jagaan sangat rentan bukan hanya kerana keadaan kesihatan mereka tetapi juga kerana keadaan hidup mereka yang sesak. Itulah sebabnya langkah proaktif diperlukan untuk melindungi bukan sahaja kesihatan warga emas tetapi juga pekerja yang menjaga mereka.
Melalui program vaksinasi dan melindungi mereka yang berada di rumah jagaan warga emas dalam Fasa 1, kita dapat menurunkan angka rawat inap terutama bagi mereka yang dirawat dengan gejala yang lebih teruk. Ini juga akan mengurangkan kadar kematian keseluruhan dan ini akan mengurangkan beban hospital dan barisan hadapan kita.
Berdasarkan data dari Israel yang mengutamakan vaksinasi untuk warga emas sebagai kumpulan keutamaan pertama, vaksinasi berjaya mengurangkan kadar jangkitan sebanyak 94% dan kadar kemasukan ke hospital sekitar 90% daripada 600.000 yang telah menerima vaksin.
Itulah sebabnya kami mendesak agar Kerajaan Persekutuan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk memasukkan penginap rumah penjagaan warga emas yang berdaftar dan tidak berdaftar dalam Fasa 1 Program Vaksinasi Nasional. Rumah jagaan warga emas boleh menjadi penyebar virus besar jika tindakan pencegahan proaktif tidak diambil.
YB Dr Dzulkifly Ahmad (Kuala Selangor)
YB Dr Lee Boon Chye (Gopeng),
YB Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching),
YB Dr Hatta Ramli (Lumut),
YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru),
YB Dr Ong Kian Ming (Bangi),
YB Dr Siti Maria (Exco Kesihatan Selangor),
YB Dr Norlela (Exco Kesihatan Pulau Pinang),
YB Veerapan (Exco Kesihatan Negeri Sembilan).