Carian
June 20, 2020

PRK Dun Chini - KEADILAN Serahkan Atas Kebijaksanaan Pengundi

PRK DUN CHINI - KEADILAN SERAHKAN ATAS KEBIJAKSANAAN PENGUNDI

20/6/2020

 

Pagi ini telah berlangsung hari penamaan calon PRK N23 Dun Chini. Keadilan telah membuat keputusan untuk tidak bertanding memandangkan penguatkuasaan PKP masih berjalan dan sudah pastinya menguntungkan parti mewakili kerajaan dan menyukarkan Pakatan Harapan untuk berkempen.

 

Namun selepas proses penamaan calon selesai hari ini saya difahamkan calon Umno akan tetap menerima tentangan dari dua calon Bebas yang menyatakan hasrat untuk bertanding.

 

Walaupun Keadilan tidak meletakkan calon, kami tidak melarang mana-mana ahli Keadilan yang berdaftar sebagai pengundi di Chini untuk turun mengundi nanti. Sebagai rakyat Malaysia mereka berhak menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi. Kami menaruh keyakinan pengundi-pengundi kini semakin bijak untuk memilih calon yang boleh membawa suara mereka tanpa gentar dan takut.

 

Pengundi-pengundi di Dun Chini ialah pemegang taruh yg penting. Mereka wajib menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka demi memastikan hak dan keperluan mereka terjamin.

 

Kami menyarankan kepada ahli-ahli dan para penyokong PH yang menjadi pengundi di sini untuk membuat pilihan kepada mana-mana calon yang boleh membawa inspirasi PH atau PH Plus demi kebaikan penduduk di Chini.

 

HJH FUZIAH Salleh

Pengerusi MPN Pahang

Pengerusi PH Pahang

Related Posts
crossmenuchevron-up