Carian
April 28, 2023

RUMAH TERBUKA BUKTI PMX PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

Wanita KEADILAN menyambut baik keputusan  melaksanakan sambutan rumah terbuka 'Aidilfitri di negeri-negeri. 

Konsep disentralisasi rumah terbuka ini akan memberi peluang kepada rakyat yang tidak pernah berpeluang untuk hadir, dapat bersama menyertai majlis ini.

Umum mengetahui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah pemimpin yang diangkat oleh rakyat dari pelbagai latar belakang. Pastinya beliau akan mengambil peluang silaturahim syawal ini terus mendekati rakyat di setiap ceruk dan pojok negara.

Jelas, pembangkang ketandusan modal untuk menyerang kerajaan sehinggakan memberi rakyat makan pun dijadikan isu oleh Perikatan Nasional. 

Pesan kami agar semua pihak mengambil semangat syawal dan saling mengamalkan politik secara matang dan bukan hanya politik cara ‘Marang’.

Faizah Ariffin 

Naib Ketua Wanita Pusat

Ketua Wanita Negeri Terengganu

Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up