Kenyataan Bersama Berkenaan Dakwaan Tun Dr Mahathir Berkait Isu Pulau Batu Puteh
Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya...
Ketahui Lebih Lanjut
Terkait Pilihan Raya Negeri Johor, hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan tarikh penamaan calon pada 26 Februari 2022 dan tarikh pengundian pada 12 Mac 2022.
Berhubung isu agihan kerusi, KEADILAN telah mengadakan tiga siri rundingan bersama dengan MUDA selari menepati hasrat yang dinyatakan oleh Majlis Presiden PH dan PH Johor.
Dalam siri rundingan tersebut, masing-masing telah memberi pandangan secara jujur dan terbuka.
Hasil dari rundingan ini, KEADILAN telah menawarkan tiga kerusi kepada MUDA dan sedang menunggu maklumbalas berhubung tawaran tersebut.
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Johor
Parti Keadilan Rakyat