Carian
April 20, 2021

Selamatkan Convent Bukit Nanas

Kerajaan wajib campur tangan untuk memperpanjangkan tempoh pajakan tanah untuk SMK Convent Bukit Nanas yang telah berusia 120 tahun.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan semakan kehakiman pada 19 April 2021 bagi sekolah mencabar keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanahnya yang akan berakhir pada 6 September 2021.

Berdasarkan laporan media, sekolah telah menulis surat kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada bulan Oktober 2017 untuk meminta perpanjangan sewa mereka, tetapi menerima balasan bertarikh Disember 2020 bahawa sekolah itu tidak akan diperbaharui.

SMK Convent Bukit Nanas adalah salah sebuah sekolah ikonik di Malaysia. Mereka telah menghasilkan alumni yang ramai - dari semua kaum dan agama - ramai di antara mereka yang telah berjaya dan menyumbang kepada negara.

Sekolah seperti SMK Convent Bukit Nanas memantapkan semangat kepelbagaian kaum yang wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Membiarkan SMK Convent Bukit Nanas dikuburkan memberi isyarat bahawa kerajaan Malaysia tidak menghargai pendidikan, terutama pendidikan kaum wanita. Lebih-lebih lagi, ada yang lebih dipertaruhkan daripada nasib sekolah yang hebat.

Sekiranya Kuala Lumpur ingin menjadi bandar raya bertaraf dunia, ia mesti lebih daripada sekadar pusat membeli-belah, lebuhraya dan pangsapuri mewah.
Sebaliknya, ia mesti menjadi tempat semua rakyat Malaysia - apa pun latar belakang sosio-ekonomi mereka - mendapat peluang untuk membina kehidupan yang sejahtera.
Keadaan ini mustahil berlaku sekiranya sekolah seperti SMK Convent Bukit Nanas tidak dibenarkan bertahan dan berkembang maju di Kuala Lumpur.

Sistem pendidikan dan bandar kita akan menjadi suram jika sekolah seperti SMK Convent Bukit Nanas terpaksa memberi laluan kepada "pembangunan." Bagaimana dengan perkembangan pengetahuan, karakter, dan nilai anak-anak kita?
Apa yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melindungi sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, terutama yang mempunyai status warisan atau kepentingan bersejarah?

Oleh itu, saya berharap agar kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan menyelamatkan SMK Convent Bukit Nanas, serta semua sekolah di negara kita menghadapi masalah yang sama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
JURUCAKAP PARLIMEN KEADILAN BAGI PENDIDIKAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Related Posts
crossmenuchevron-up