Carian
October 1, 2022

Tambahan Kos PRU Sewaktu Banjir Cukup Selesaikan Kemelut 3000 Doktor Kontrak

Saya betul-betul terkilan dengan keputusan UMNO/BN semalam yang degil mahu mengadakan PRU walaupun banjir berlaku.

Jabatan Meteorologi telah memberi amaran bahawa banjir akan melanda seawal bulan November. Jutaan keluarga akan terjejas dengan kerugian mencecah berbilion ringgit, puluhan ribu rakyat terpaksa pindah, malah lebih 50 nyawa telah diragut tahun lepas.

Mengadakan PRU sewaktu banjir juga akan meningkatkan kos sebanyak RM100 juta. Ini bersamaan dengan peruntukan tambahan untuk menyelesaikan isu 3,000 doktor kontrak perubatan.

Sikap UMNO/BN sebegini memadai untuk kita sedar sejauh manakah nilai nyawa dan harta kita di mata politikus ini.

Presiden UNNO/BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mempolitikkan isu ini dengan mengatakan bahawa KEADILAN/HARAPAN takut berhadapan dengan pilihanraya. Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN telahpun bersiap saga. 80% struktur jentera KEADILAN telahpun dilengkapkan, dan jumlah sukarelawan berdaftar sudah mencecah 14,000 orang.
KEADILAN pernah menang lebih 50 kerusi dalam PRU, namun juga pernah mengekalkan satu kerusi sahaja. Rekod ini menunjukkan KEADILAN tidak pernah berganjak untuk berlawan demi kepentingan majoriti rakyat.

Yang harus takut adalah mereka yang membankrupkan konsep #KeluargaMalaysia, merisikokan negara dan menggadaikan nyawa rakyat demi kelangsungan politik mereka. Ini bukan keluarga Malaysia, tapi komplot politikus namanya.

LEE CHEAN CHUNG
Pengarah Komunikasi KEADILAN
ADUN Semambu

 

Related Posts
crossmenuchevron-up