Carian
June 25, 2022

U-Turn Ismail Sabri Menjejaskan Keyakinan Rakyat, Penternak dan Pasaran

1. Perdana Menteri Ismail Sabri telah membuat U-Turn terbesar dalam pentadbiran beliau. U-Turn ini melibatkan RM630 juta peruntukan.

2. Pada 21 Jun, beliau membuat sidang media tergempar mengumumkan penambahan BKM sebanyak RM100 untuk keluarga B40. Penambahan ini bertujuan mengatasi kenaikan harga ayam dan telur susulan pemansuhan harga kawalan pada 1 Julai 2022.

3. Rakyat sudah tentu berasa marah kerana tambahan RM100 itu jika dibahagikan 6 bulan, setiap keluarga B40 hanya mendapat tambahan RM16.67 sebulan sahaja. Hanya cukup membeli setengah ekor ayam sahaja.

4. Kemarahan rakyat itulah menyebabkan kerajaan mungkin "chicken out" (takut) dalam masalah chicken (ayam) ini.

5. Maka, kurang daripada 72 jam, PM cepat-cepat mengumumkan U-Turn dan meneruskan kawalan harga.

6. U-Turn ini menunjukkan kelemahan dan tidak konsistennya kerajaan sekarang.

7. Dasar Kerajaan tidak dirangka dengan objektif yang jelas, proses yang professional dan melibatkan semua pihak (stakeholders).

8. Perdana Menteri mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri seramai 69 orang. Kenapa tidak seorang pun berupaya memahami secara mendalam punca kenaikan harga ayam?

9. Majlis Tidakan Kos Sara Hidup NACCOL dipengerusikan oleh PM sendiri dan dianggotai oleh Menteri hebat-hebat daripada BN, PN dan GPS dan GRS. Takkan tak berupaya mencari penyelesaian yang tuntas?

10. U-turn itu telah menyebabkan keyakinan rakyat, industri ternakan dan pasaran terjejas.

11. Rakyat tidak yakin bila harga ayam akan naik.

12. Penternak tidak yakin bila subsidi akan dihentikan atau diteruskan.

13. Pasaran tidak menentu kerana dasar kerajaan sering berubah-ubah.

14. Hari ini sektor ayam, esok sektor mana pula?

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Jurucakap Parlimen Pertanian dan Komoditi
Parti KEADILAN Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up