Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) seluruh Sabah berakhir semalam 24hb April dengan Cabang Pensiangan terpaksa menangguhkan persidangannya ke 01hb may berikutan isu Pkp dan pengurusan pendamik Covid19 yg semakin membebankn. Selesainya matc oleh 25 Cabang termasuk Labuan (kecuali Pensiangan yg ditanguhkan) merupakan satu proses pematuhan peraturan parti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Tahniah dn syabas kepasa semua cabang yang terlibat.
Menurut maklumat dan laporan yang d terima,17 daripada 25 Cabang yg bermesyuarat telah membawa dan mengemukakan usul untuk "menolak kerjasama Tun Mahadir dan Parti Warisan" disamping usul-usul yang lain seperti mengangkat Dsai sebagai bakal PM, kometmen Permuafakatan Deklarasi Port Dickson, penerimaan undi 18 tahun, penamatan darurat, pengurusan bertanggungjawab pendamik covid19 oleh kerajaan, Pemilihan calon Pru yang telus dan lain-lain yang menumpuh kepada usaha memperkukuhkan parti.
Namun yang menarik perhatian ialah usul penolakan terhadap kerjasama dengan Tun Mahadir dan parti Warisan menjelang Pru-15 ini. Daripada maklumat para perwakilan dari cabang-cabang terlibat mereka mengemukakan usul menolak Tun mahadir kerana percaya beliau yang meletakkan jawatan tanpa pengganti oleh TPM masa itu adalah faktor kejatuhan kerajaan PH, sementara penolakan terhadap Parti Warisan ini berikutan kenyataan media oleh Presidan Parti Warisan - Datuk sri shafie beberapa minggu lepas yang viral dengan isu 'minus-PH. Usul penolakan ini dilihat agak tegas dn berani d saat pasca Pru15 yang bakal d hadapi. Dijangkakan usul ini juga akan menjadi perhatian perbahasan menjelang Kongres Pkr akan datang.
Demikian usul kometmen mengangkat Dsai sebagai bakal PM yang menjadi asas kepada deklarasi permuafakatan Port Dickson, nampaknya menjadi tumpuan perwakilan d matc di hampir semua cabang. Penerimaan undi 18 tahun menjadi desakan para hadirin selaras dengan tuntutan golongan anak muda yang mahu suara mereka di dengar oleh pihak kerajaan. Terdapat juga usul-usul yang mendesak agar kerajaan segera menamatkan darurat kerana dilihat gagal menangani penularan covid dengan baik, selain menyebabkan kelembapan ekonomi rakyat, terutamanya di peringkat bawahan yang bergantung dgn pendapatan harian. Mengenai kritikan kepada kerajaan PN rata-rata perwakilan meminta supaya darurat d tamatkan segera Perlimen d buka kepada persidangan agar isu rakyat yang kian tertekan dapat d tumpuhkan. Kesemua usul ini menjadi fokus di kebanyakan cabang yang besidang sejak awal march dan tamat pada ahad 24hb lepas
Matc kali ini mempaparkan satu bentuk pengurusan mesyuarat yang baru dengan kaedah online google meet d perkenalkan, disamping pematuhan SOP sepenuhnya. Terutama d kawasan cabang mengalami penularan covid yang teruk. seperti Lahad Datuk, Keningau Tawau, malah cabang labuan sendiri berMATC dengan kaedah maya "online google meet" Ini adalah perkembangan yang baik dn pendedahan peringkat permulaan yg akan menjadikan pengurusan Cabang-cabang lebih inovatif sesuai dengan perkembangan sistem komunikas dan digital semasa.
Secara keseluruhannya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang kali ini memperlihatkan kesungguhan dan ketegasan semua Cabang dan kepimpinannya menghadapi pelbagai isu luar dn dalam demi masa hadapan parti yang menjadi harapan rakyat terbanyak. Ketegasan ini sudah tentu manjadi asas kepada usaha mendokong kepimpinan atasan di Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Parti Keadilan harus tegas dalam menyatakan prinsip dan perjuangqn reform yang menjadi tunjang idealisma parti. Adalah d harapkan segala keputusan usul itu akan d ambil perhatian oleh pihak pimpinan atasan, kerana ianya adalh cetusan kehendak dri grassroot dan para pendokong parti d peringkat bawahan yang berhadapan dengan isu sebenar parti. Tahniah dapat bersidang dan bertemu lagi di Kongres Nasional Tahunan julai hadapan.
Simsudin bin sidek
Ketua Penarangan MPN Sabah
Ketua Cabang PKR Labuan