Saya dengan rasa rendah hati menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang telah dikemukakan lantikan tersebut oleh Presiden Parti DS Anwar Ibrahim, dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat tempohari di Hotel Eastin pada 20hb Januari 2022.
2.Saya dengan penuh sedar mengetahui bahawa ini adalah suatu tanggungjawab besar, apatah lagi ia adalah pemilhan parti yang julung kalinya akan dilaksanakan selepas episod pengkhianatan sehingga membawa kepada Langkah Sheraton yang sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan mandat rakyat pada Februari 2020.
3. Parti telah melalui pergolakan yang kelihatan tidak berkesudahan, tetapi fasa pembersihan dan pemulihan semakin memperlihatkan sinar kerna yang masih kekal dan setia pada parti adalah mereka yang jelas dengan agenda reformasi dan cuba seboleh mungkin mengenepikan sentimen qabilah serta menjulang agenda reformasi demi rakyat.
4.Parti telah pun menggariskan tarikh-tarikh dimana proses-proses pemilihan akan berlaku bermula dengan tarikh tutup permohanan keanggotaan dan pemindahan cabang bagi mereka yang berhasrat melakukan demikian iaitu pada 31hb Januari 2022.
5.Selepas dari tarikh itu, pejabat Setiausaha Agong akan terus mengemaskini jumlah keanggotaan dan mereka yang benar-benar layak untuk mengundi pada tarik pemilihan yang dijangkakan akan berlangsung pada 22hb-29hb April 2022 kelak.
6.Parti akan kekal dengan prinsip pemilihan “Satu Anggota Satu Undi” serta telah pun membuat keputusan untuk mengekalkan kaedah e-voting, cuma pelaksanannnya bakal dilakukan secara hibrid iaitulah online dan juga fizikal.
8.Segala pengalaman lalu dalam pemilihan telah diambil kira dan ini telah diperhalusi dan diberikan cadangan baikpulih yang sebaik mungkin oleh Jawatankuasa Sistem Pemilihan (JKSP) yang diterajui oleh YB Dr.Lee Boon Chai dan beberapa anggota senior parti.
7. Akhir sekali saya dengan ini mengingatkan anggota parti untuk segera menyemak keanggotaan masing-masing di dan bersedia untuk mendaftarkan diri bagi pemilihan online apabila ia dibuka dalam masa yang terdekat yang dijangkakan awal Februari ini
DR. ZALIHA MUSTAFA
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti