Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan penyusunan semula beberapa jawatan penting untuk memantapkan gerak kerja parti.
Saudara Saifuddin Nasution Ismail akan menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik KEADILAN dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung.
Saudari Fuziah Salleh menggantikan Saudara Saifuddin sebagai Setiausaha Agung parti.
Sementara itu, Saudari Fuziah yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang akan digantikan dengan Saudara Rizal Jamin.
Bagi negeri Perak, Saudara Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai Pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Saudara Chang Lih Kang. Saudara Lih Kang terus menjawat Naib Presiden KEADILAN.
Saudara Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak.
MPP turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dengan Saudara Saifuddin sebagai Penasihat dan dianggotai oleh Naib Presiden Saudari Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung Saudari Fuziah Salleh, Bendahari Agung Saudara William Leong, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita Juwairiya Zulkifli.
Kesemua lantikan ini berkuat kuasa serta merta.
NIK NAZMI NIK AHMAD
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT