Carian
November 2, 2021

Menyangkal Dakwaan Anak Zahid Hamidi Bahawa Tiada Kemiskinan Haid Di Malaysia

Menurut laporan Malaysiakini pada 2 Nov 2021. Nurul Hidayah yang merupakan anak kepada Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi mengatakan bahawa tuala wanita di Malaysia adalah murah dan tiada isu Kemiskinan haid di Malaysia.

Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam kempen KEMISKINAN HAID ini . Ingin saya jelaskan kisah-kisah  yang kami hadapi berkenaan isu ini.

1. Wanita gelandangan menggunakan tisu di tandas awam atau kain di dalam tong sampah.

2. Ada wanita susah menggunakan stokin semasa haid.

3. Ada wanita susah kembali ke zaman 20 tahun dulu menggunakan kain batik / baju lama semasa haid untuk jimatkan kos.

4. Remaja perempuan tidak pergi ke sekolah kerana tiada tuala wanita.

5. Wanita susah tidak ganti tuala wanita semasa haid untuk jimatkan penggunaan . (Seharian memakai pad yang sama)

Bagaimana Nurul masih lagi mengatakan tiada masalah KEMISKINAN HAID berlaku di negara ini?.

NGO BIDADARI dan WANITA KEADILAN telah hampir 2 tahun menjalankan kempen ini dan kami merasakan isu ini perlu diberi perhatian.
Malah kami telah melancarkan laman web untuk kempen ini
www.heartscharity.org.

Adakah nurul menyamakan kehidupan mewahnya sama seperti wanita-wanita lain ?. Adakah kemiskinan itu satu perkara yang perlu ditertawakan?.

Dengan ini saya menyangkal sekeras-kerasnya bahawa tiada masalah KEMISKINAN HAID di Malaysia malah saya mendesak supaya kerajaan mengambil serius dan mencari penyelesaian untuk isu ini.

SEKIAN

NAPSIAH KHAMIS
KETUA WANITA KEADILAN JOHOR
EXCO WANITA KEADILAN PUSAT
PENGERUSI BIDADARI.

Related Posts
crossmenuchevron-up