Carian
March 5, 2024

Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Parti Keadilan Rakyat

Anggota-anggota KEADILAN yang dihormati,

Pada tahun 2024 ini, KEADILAN akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25, Jubli Perak. Satu acara untuk merayakan 25 Tahun KEADILAN akan diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2024. 

Acara ini diadakan untuk meraikan sokongan dan dokongan anggota-anggota dan penyokong perjuangan reformasi sebagai tanda penghargaan Parti di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan yang sekarang ini.

Sebagai menambahkan kemeriahan dan memaknai hari bersejarah ini, KEADILAN telah menganjurkan penjualan koin bersalut Emas dan koin Perak edisi terhad. 

Penjualan ini juga adalah usaha untuk menampung sebahagian perbelanjaan acara bersejarah ini serta sebagai dana kepada Pertubuhan Kebajikan dan Koperasi berkaitan parti iaitu KIRA.

Ayuh saudara-saudari kita hadir beramai-ramai sertai acara bersejarah ini agar kita dapat bersama-sama menghayati perjuangan dan kejayaan KEADILAN sepanjang tempoh 25 Tahun penubuhannya.

Related Posts
crossmenuchevron-up